Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Unit iklan

Iklan dalam artikel

Iklan dalam artikel ialah iklan asli yang dipaparkan dalam kandungan editorial. Anda boleh menggayakan iklan tersebut agar sepadan dengan laman anda. #in-article #nativeads

Iklan dalam artikel ialah format iklan yang dioptimumkan oleh Google untuk membolehkan anda memaparkan iklan asli di antara perenggan pada halaman anda.

Manfaat Iklan dalam artikel

Beberapa manfaat menggunakan Iklan dalam artikel termasuk:

  • Pengalaman pengguna yang lebih baik: Iklan dalam artikel menggunakan elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi supaya iklan tersebut kelihatan hebat dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik untuk pembaca anda.
  • Sesuai untuk mudah alih: Iklan dalam artikel ialah iklan lebar penuh yang sesuai untuk mengewangkan ruang skrin yang lebih kecil yang tersedia pada peranti mudah alih.
  • Dioptimumkan oleh Google: Iklan dalam artikel dioptimumkan oleh Google untuk memastikan iklan tersebut berfungsi dengan baik pada halaman artikel anda.

Cara Iklan dalam artikel berbeza daripada iklan standard

Iklan dalam artikel berbeza daripada iklan standard dengan cara berikut:

  • Iklan tersebut sesuai dengan pengalaman pembaca, contohnya:
    • Iklan tersebut menggunakan reka letak yang sesuai dengan peletakan iklan tersebut dan mengikuti aliran pembaca
    • Iklan tersebut menggunakan elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi.

Memaparkan iklan paparan yang dipilih dalam unit Iklan dalam artikel

Iklan dalam artikel hanya menggunakan kreatif yang mempunyai elemen iklan yang berkualiti tinggi (contohnya, iklan responsif dalam Google Ads). Hal ini bermakna bahawa walaupun Iklan dalam artikel adalah lebih menarik dari segi visual kepada pelawat anda, iklan tersebut mungkin mempunyai CPM yang lebih rendah dalam jangka pendek untuk sesetengah penerbit. Untuk meningkatkan CPM, anda juga boleh memilih untuk memaparkan iklan paparan yang dipilih dalam unit Iklan dalam artikel anda. Google akan memilih iklan paparan yang muat dengan baik dalam ruang yang tersedia. Tindakan memaparkan kedua-dua jenis iklan boleh meningkatkan hasil anda. Ketahui pilihan ini dengan lebih lanjut dalam tetapan Iklan dalam artikel.

Makna dioptimumkan oleh Google

Google mengoptimumkan Iklan dalam artikel untuk memastikan iklan tersebut berfungsi dengan baik pada halaman artikel anda. Hal ini termasuk komponen seperti reka letak iklan, elemen yang digunakan, butang seruan tindak dan sebagainya. Di samping itu, Google juga boleh mengoptimumkan elemen yang anda tentukan, mis., warna dan fon iklan anda. Jika anda mengikut serta pilihan "gaya yang dioptimumkan oleh Google", Google boleh menggantikan gaya pilihan anda jika terdapat warna/fon lain yang akan berprestasi dengan lebih baik. Ketahui tetapan Iklan dalam artikel dengan lebih lanjut.

Langkah seterusnya

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10091275559380046415
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false