Iklan dalam suapan ialah format yang anda letakkan dalam suapan anda untuk mengewangkan laman anda dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada pelawat anda.
Pada halaman ini
- Manfaat Iklan dalam suapan
- Cara Iklan dalam suapan berbeza daripada iklan standard
- Memaparkan iklan paparan yang dipilih dalam unit Iklan dalam suapan
Sebagai contoh, suapan boleh berbentuk suapan editorial (mis., senarai artikel atau berita) atau penyenaraian (mis., senarai produk, perkhidmatan, dll.). Iklan dalam suapan ialah iklan asli yang bermakna anda menyesuaikan iklan tersebut agar sepadan dengan rupa dan gelagat kandungan anda.
Lazimnya, anda boleh meletakkan Iklan dalam suapan di antara kandungan suapan anda, atau di tempat suapan anda bermula atau berakhir. Sambil pelawat menatal ke bawah kandungan anda, mereka menemui Iklan dalam suapan. Iklan dalam suapan muat dengan lancar dalam suapan anda, iklan tersebut tidak mengganggu dan tidak memecahkan aliran pengguna.
Manfaat Iklan dalam suapan
Beberapa faedah daripada menggunakan Iklan dalam suapan adalah termasuk:
- Pengalaman pengguna yang lebih baik: Iklan dalam suapan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada pelawat anda. Iklan ini adalah sebahagian daripada aliran pengguna dan sepadan dengan rupa dan penampilan tapak anda.
- Mendapatkan ruang iklan baharu: Iklan dalam suapan menawarkan peluang untuk mengewangkan lebih lanjut halaman anda dengan meletakkan iklan di tempat yang baharu, iaitu, dalam suapan anda.
- Sesuai untuk mudah alih: Iklan dalam suapan adalah sangat sesuai untuk mudah alih kerana iklan tersebut membolehkan anda mengewangkan dengan lebih baik pada ruang skrin lebih kecil yang tersedia pada peranti mudah alih.
Cara Iklan dalam suapan berbeza daripada iklan standard
Iklan dalam suapan berbeza daripada iklan standard melalui cara berikut:
- Iklan ini adalah sebahagian daripada aliran pengguna.
- Iklan tersebut sangat mudah disesuaikan.
- Iklan tersebut menggunakan elemen iklan pengiklan yang berkualiti tinggi.
Memaparkan iklan paparan yang dipilih dalam unit Iklan dalam suapan
Iklan dalam suapan hanya menggunakan kreatif yang mempunyai elemen iklan yang berkualiti tinggi (contohnya, iklan responsif di Google Ads). Ini bermakna bahawa walaupun Iklan dalam suapan adalah lebih menarik dari segi visual kepada pelawat anda, iklan tersebut mungkin mempunyai KST yang lebih rendah dalam jangka pendek untuk sesetengah penerbit.
Untuk meningkatkan KST, anda juga boleh memilih untuk memaparkan iklan paparan yang dipilih dalam unit Iklan dalam suapan anda. Google akan memilih iklan paparan yang muat dengan baik dalam ruang yang tersedia. Tindakan memaparkan kedua-dua jenis iklan boleh meningkatkan hasil anda.