Yang berikut ialah jawapan untuk beberapa soalan lazim tentang Iklan dalam suapan asli:
Kembangkan semua Kuncupkan semuaBerapa banyak Iklan dalam suapan yang boleh saya letakkan pada halaman saya?
Selagi iklan anda tidak melebihi kandungan, anda boleh memaparkan sebanyak mungkin Iklan dalam suapan (dan/atau jenis iklan lain) yang anda inginkan di halaman anda. Ketahui lebih lanjut tentang dasar nilai inventori kami.
Adakah istilah "suapan" merujuk kepada suapan RSS?
Tidak. Untuk tujuan Iklan dalam suapan, "suapan" tidak merujuk kepada suapan pensindiketan web seperti RSS. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: Apakah itu suapan?
Apakah yang perlu saya lakukan jika suapan saya kelihatan berbeza pada mudah alih berbanding desktop?
Iklan dalam suapan ialah iklan responsif yang bermaksud saiz dan tetapan iklan tersebut dilaraskan secara automatik mengikut peranti yang iklan tersebut dipaparkan. Walau bagaimanapun, jika gaya suapan anda berbeza pada mudah alih berbanding desktop, kami mengesyorkan agar anda membuat Iklan dalam suapan berasingan, satu untuk setiap saiz skrin.
Berapa banyak Iklan dalam suapan yang boleh saya letakkan dalam satu suapan?
Anda boleh meletakkan berbilang Iklan dalam suapan dalam suapan anda, tetapi kami syorkan agar anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga blok kandungan antara setiap iklan. Jika anda mahu memaparkan lebih daripada satu iklan dalam suapan, anda boleh sama ada membuat berbilang Iklan dalam suapan atau meletakkan kod Iklan dalam suapan yang sama berbilang kali dalam suapan anda.
Bagaimanakah saya boleh mengetahui saiz imej dalam suapan saya?
Anda boleh menggunakan alatan pembangun penyemak imbas anda untuk menentukan saiz imej anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat: Cara menentukan saiz imej dalam suapan anda.
Bagaimanakah AdSense mengira lebar Iklan dalam suapan saya?
Lebar Iklan dalam suapan sentiasa sama dengan lebar bekas suapan yang memaparkan iklan tersebut.
Bagaimanakah AdSense mengira tinggi Iklan dalam suapan saya?
Tinggi Iklan dalam suapan dilaraskan secara automatik oleh AdSense untuk memastikan semua elemen iklan tersebut muat dengan baik dalam ruang yang tersedia.
Adakah terdapat sebarang pengehadan saiz untuk Iklan dalam suapan?
Terdapat satu pengehadan saiz: lebar Iklan dalam suapan anda mesti sekurang-kurangnya 250 piksel.
Mengapakah iklan paparan kadangkala dipaparkan sebagai ganti kepada Iklan dalam suapan?
Anda boleh memilih untuk memaparkan iklan paparan dalam unit Iklan dalam suapan anda. Tindakan memaparkan kedua-dua jenis iklan boleh meningkatkan hasil anda. Anda boleh mematikan pilihan ini dalam "Pilihan global" tetapan Iklan dalam suapan anda.
Bolehkah saya menyemak Iklan dalam suapan pada Pusat semakan iklan?
Ya. Walau bagaimanapun, oleh sebab Iklan dalam suapan ialah iklan asli, iklan tersebut akan dipaparkan dengan paparan standard dalam Pusat semakan iklan dan tidak tepat seperti dipaparkan di laman anda.