Untuk menggunakan AdSense, anda mestilah mempunyai akses kepada kod sumber HTML laman anda. Anda perlu meletakkan kod AdSense di antara tag <head>
pada halaman anda. Jika anda mendaftar dengan laman yang tidak anda miliki (mis., google.com), kami tidak akan dapat mengesahkan bahawa anda pemilik laman tersebut dan kami tidak akan mengaktifkan akaun anda.
Jika anda menggunakan sistem pengurusan kandungan (CMS)
Jika anda telah membuat laman anda menggunakan CMS, kami mencadangkan agar anda menyemak jika anda boleh mengakses HTML laman anda sama ada melalui CMS itu sendiri atau menggunakan pemalam atau tema. Sesetengah CMS, seperti Blogger, membenarkan anda mendaftar untuk AdSense tanpa perlu meletakkan apa-apa kod.
Jika anda mempunyai saluran YouTube
Jika anda mahu mengewangkan kandungan video YouTube anda, sila mohon untuk menyertai Program Rakan Kongsi YouTube. Jika saluran YouTube anda sudah layak untuk pengewangan, ikut arahan pada YouTube Studio untuk mendaftar untuk AdSense untuk YouTube.
Jika anda tidak mempunyai laman
Sekiranya anda tidak memiliki laman atau laman anda yang sedia ada tidak serasi dengan JavaScript, sila daftar apabila anda membuat laman baharu anda. Ketahui cara memastikan halaman laman anda sedia untuk AdSense.