Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Pengurusan inventori

Pastikan fail ads.txt anda boleh dirangkak

Fail ads.txt memberi anda lebih kawalan terhadap pengguna yang dibenarkan menjual iklan pada laman anda dan menghalang inventori tiruan daripada dipaparkan kepada pengiklan. Anda perlu memastikan bahawa perangkak Google berupaya mengakses fail ads.txt anda.

Selepas anda membuat fail ads.txt untuk laman anda dan memuat naik fail kepada domain akar anda, perangkak Google akan:

  • Cuba merangkak fail tersebut.
  • Menghuraikan kandungan fail ads.txt tersebut untuk menentukan ID penjual yang diizinkan untuk mengewangkan laman anda.
Nota: Perubahan ads.txt mungkin mengambil masa beberapa hari untuk ditunjukkan dalam AdSense. Jika laman anda tidak membuat banyak permintaan iklan, proses tersebut mungkin mengambil masa sebulan.

Dalam video ini, anda akan mengetahui cara memastikan fail ads.txt dapat dirangkak.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Kenal pasti masalah perangkak ads.txt

Sebelum anda bermula, anda disyorkan untuk mempunyai pemahaman tentang kod status HTTP.

Untuk memastikan fail ads.txt anda dapat dirangkak, kami mengesyorkan agar anda mengikut langkah penyelesaian masalah yang berikut:

Sahkan pemasaan muat naik fail ads.txt

Jika anda telah memuat naik fail ads.txt anda dalam masa beberapa hari yang lalu, perubahan anda mungkin terlalu awal untuk ditunjukkan dan disemak dalam AdSense. Jika laman anda tidak membuat banyak permintaan iklan atau memiliki trafik yang rendah, proses semakan mungkin mengambil masa hingga sebulan.

Jangan alih keluar ads.txt anda jika fail ini disediakan dengan betul. Apa-apa perubahan yang dilakukan pada fail ads.txt anda akan menjejaskan masa semakan.

Sahkan bahawa fail ads.txt sentiasa tersedia

Jika fail ads.txt yang dirangkak sebelum ini tidak tersedia pada rangkak semula yang berikutnya, hasil entri rangkak terdahulu akan bergantung pada respons kod status.

Cuba akses fail domain.com/ads.txt:

  • Jika respons yang diterima ialah ralat status HTTP 404, ralat status ini bermakna fail itu tidak wujud. Entri terdahulu akan disingkirkan.
  • Jika respons yang diterima ialah kod ralat HTTP 404 lembut (halaman sebenar yang dikembalikan untuk URL yang sebenarnya tidak wujud; status HTTP 200) atau ralat pelayan 500 maka entri tersebut akan ditahan hingga 5 hari.

Sahkan bahawa fail ads.txt boleh dicapai daripada domain akar

Semak URL anda. Adakah anda perlu menyertakan "www" untuk mengakses laman anda? (mis., www.domain.com)?

Tindakan merangkak ads.txt akan bermula pada domain akar dan domain akar perlu kembali daripada atau mengubah hala kepada fail ads.txt.

  • Fail ads.txt pada domain.com/ads.txt hanya akan dirangkak jika domain.com/ads.txt mengubah hala kepada domain tersebut.

Jika anda perlu menyertakan "www" untuk mengakses laman anda, maka anda perlu menyediakan ubah hala daripada domain.com/ads.txt kepada domain.com/ads.txt.

Hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk membantu anda menyediakan ubah hala.

Pastikan rangkak tidak disekat oleh robots.txt

Fail ads.txt untuk domain boleh diabaikan oleh perangkak jika fail robots.txt di domain tidak membenarkan salah satu daripada yang berikut:

  • Merangkak laluan URL yang merupakan tempat fail ads.txt disiarkan.
  • Perangkak khusus (agen pengguna).

Anda boleh menukar fail robots.txt untuk membolehkan perangkak Google mengakses fail ads.txt anda.

Contoh: Rangkak tidak dibenarkan pada laluan fail ads.txt

Jika baris yang berikut disertakan dalam example1.com/robots.txt:

User-agent: *
Disallow: /ads

Baris ini bermakna fail ads.txt akan diabaikan oleh perangkak yang mematuhi standard robots.txt.

Terdapat beberapa cara anda boleh mengubah suai fail robots.txt supaya fail ads.txt anda dapat dirangkak:

  • Pilihan 1: Ubah suai laluan yang tidak dibenarkan.
    User-agent: *
    Disallow: /ads/
  • Pilihan 2: Tukar arahan untuk membenarkan ads.txt secara khusus.
    User-agent: *
    Allow: /ads.txt
    Disallow: /ads
Nota: Pilihan ini hanya sebagai contoh, terdapat cara lain untuk mengubah suai robots.txt.
Contoh: Rangkak tidak dibenarkan untuk perangkak Google sahaja

Jika baris yang berikut disertakan dalam example2.com/robots.txt:

User-agent: Googlebot
Disallow: /

Baris ini bermakna fail ads.txt akan diabaikan oleh perangkak Google.

Terdapat beberapa cara anda boleh mengemaskinikan fail robots.txt anda untuk membenarkan perangkak Google mengakses fail ads.txt anda:

  • Pilihan 1: Alih keluar " / " daripada Disallow.
    User-agent: Googlebot
    Disallow:
  • Pilihan 2: Benarkan Googlebot untuk mengakses ads.txt anda.
    User-agent: Googlebot
    Allow: /ads.txt
Nota: Apa-apa perubahan yang anda buat pada fail robots.txt anda mungkin tidak ditunjukkan sehingga perangkak cuba melawati laman anda sekali lagi.

Pastikan fail ads.txt mengandungi kod status HTTP 200 OK

Walaupun permintaan untuk fail ads.txt boleh mengembalikan kandungan fail dalam kandungan respons, jika kod status dalam pengepala respons menunjukkan bahawa fail tidak ditemukan (mis., kod status 404), maka:

  • Respons akan diabaikan.
  • Fail akan dianggap sebagai tidak wujud.

Semak pengepala respons untuk memastikan fail ads.txt mengandungi kod status HTTP 200 OK. Kod status HTTP 200 OK menunjukkan bahawa anda telah melaksanakan fail ads.txt dengan betul dan permintaan telah berjaya.

Pastikan tiada ralat pemformatan atau aksara yang tidak sah dalam fail ads.txt

Anda hendaklah menyemak sebarang kesilapan dalam kandungan ads.txt, seperti salah ejaan, jarak yang tidak perlu atau koma tambahan.

Ralat pemformatan, seperti aksara ruang putih yang tidak sah, mungkin sukar untuk dikesan tetapi boleh menjadikan fail ads.txt sukar dihuraikan oleh perangkak. Perkara ini boleh mengakibatkan fail diabaikan.

Bandingkan kod ads.txt anda dengan kod dalam akaun AdSense anda. Fail ads.txt anda sepatutnya kelihatan seperti ini:

google.com, pub-0000000000000000, DIRECT, f08c47fec0942fa0

ID penerbit mestilah sama dengan ID yang ditunjukkan dalam akaun AdSense anda.

Elakkan daripada menyalin dan menampal entri ads.txt daripada editor teks beraneka kerana salinan tersebut mungkin mengandungi metadata dan data pemformatan tambahan. Kami mencadangkan penggunaan editor teks biasa. Anda juga boleh menyemak aksara UTF-8 tidak sah dalam fail ads.txt anda menggunakan editor HEX.

Jadikan fail ads.txt boleh dicapai melalui HTTP dan juga HTTPS

Perangkak Google cuba merangkak fail ads.txt pada HTTP dan juga HTTPS. Sahkan bahawa ads.txt anda boleh diakses melalui HTTP dan juga HTTPS. Jika tidak, anda mungkin perlu menyediakan pengubahan hala.

Contoh: Jika terdapat satu sahaja fail ads.txt untuk HTTP, fail ads.txt dirangkak melalui HTTPS yang mengembalikan kod status HTTP 404. Entri yang dirangkak sebelum ini akan disingkir walaupun fail ads.txt dirangkak melalui HTTP. Jika keadaan ini berlaku, maka anda perlu menyediakan ubah hala.

Langkah seterusnya yang perlu anda ikut bergantung pada perkara yang berikut:

  • Bagi HTTP sahaja (mis., http://domain.com/ads.txt): Anda perlu menyediakan ubah hala supaya apabila perangkak mencari https://domain.com/ads.txt, laman akan diubah hala kepada http://domain.com/ads.txt.
  • Bagi HTTPS sahaja (mis., https://domain.com/ads.txt): Anda perlu menyediakan ubah hala supaya apabila perangkak mencari http://domain.com/ads.txt, laman akan diubah hala kepada https://domain.com/ads.txt.
  • Bagi kedua-dua protokol HTTP dan juga HTTPs: Tindakan meminta http://domain.com/ads.txt dan https://domain.com/ads.txt akan menunjukkan fail ads.txt.

Hubungi penyedia perkhidmatan anda jika anda memerlukan bantuan untuk menyediakan ubah hala.

Nota: Kami mempunyai sumber tambahan jika anda mahu mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian masalah ads.txt.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
8700342903993930375
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false