Jika anda mempunyai keperluan khusus untuk unit iklan Multiplex responsif, anda boleh menyesuaikan rupa iklan tersebut dengan menambahkan parameter pada kod iklan anda. Parameter ini membolehkan anda mengubah perkara seperti reka letak unit iklan Multiplex anda dan menentukan cara yang ingin anda menyusun baris serta lajur iklan dalam unit tersebut.
Anda juga boleh menggunakan parameter untuk menetapkan tetapan yang berlainan bagi mudah alih berbanding komputer. Contohnya, jika anda memberikan satu nilai untuk parameter reka letak, unit iklan Multiplex anda akan mempunyai reka letak yang sama pada mudah alih dan komputer. Manakala, jika anda memberikan dua nilai untuk parameter reka letak, maka unit iklan Multiplex anda akan mempunyai satu reka letak pada mudah alih (nilai pertama) dan reka letak yang berlainan pada komputer (nilai kedua).
Harap maklum bahawa pilihan ini hanya tersedia untuk unit iklan Multiplex responsif dan semua parameter diperlukan supaya penyesuaian berfungsi. Selepas mengubah suai kod iklan anda, pastikan anda menguji unit iklan Multiplex anda pada peranti dan skrin yang berlainan untuk memastikan unit iklan Multiplex tersebut berfungsi dengan betul.
Tukar reka letak unit iklan Multiplex anda
Parameter reka letak (data-matched-content-ui-type
) membolehkan anda mengawal aturan teks dan imej dalam unit iklan Multiplex anda. Contohnya, anda boleh memilih untuk meletakkan imej dan teks sebelah-menyebelah, imej di atas teks, dsb.
Pilihan reka letak yang berikut tersedia:
Dalam reka letak ini, imej dan teks muncul sebelah-menyebelah. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="image_sidebyside"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="image_sidebyside"
data-matched-content-rows-num="4"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Dalam reka letak ini, imej dan teks muncul sebelah-menyebelah dalam kad. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="image_card_sidebyside"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="image_card_sidebyside"
data-matched-content-rows-num="4"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Dalam reka letak ini, imej dan teks disusun di atas satu sama lain. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="image_stacked"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="image_stacked"
data-matched-content-rows-num="3"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Dalam reka letak ini, imej dan teks disusun secara bertindan dalam kad. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="image_card_stacked"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="image_card_stacked"
data-matched-content-rows-num="3"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Reka letak teks sahaja tanpa imej. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="text"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="text"
data-matched-content-rows-num="4"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Reka letak teks sahaja dalam kad. Untuk memilih reka letak ini, tambahkan parameter data-matched-content-ui-type="text_card"
pada kod iklan anda.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-ui-type="text_card"
data-matched-content-rows-num="4"
data-matched-content-columns-num="1"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Tentukan bilangan baris dan lajur dalam unit iklan Multiplex anda
Iklan dalam unit iklan Multiplex disusun dalam bentuk grid. Anda boleh menentukan bilangan baris dan lajur yang ingin anda tunjukkan dalam grid tersebut. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan unit iklan Multiplex anda kepada segi empat sama 2x2, lajur 4x1, dsb.
Anda menetapkan bilangan baris dengan parameter data-matched-content-rows-num
dan bilangan lajur dengan parameter data-matched-content-columns-num
. Anda hendaklah menetapkan parameter dan data-matched-content-ui-type
bersama-sama.
- Terdapat beberapa sekatan pada bilangan baris dan lajur yang boleh anda tetapkan. Jumlah iklan dalam unit iklan Multiplex anda mestilah antara 1 hingga 30. Jika anda cuba menunjukkan kurang daripada 1 atau lebih daripada 30 iklan, maka unit iklan Multiplex anda akan kelihatan kosong.
- Kadangkala kami mungkin tidak dapat memaparkan bilangan baris dan/atau lajur yang tepat seperti yang anda tentukan. Sebagai contoh, jika anda telah menetapkan sejumlah besar lajur tetapi unit iklan Multiplex anda tidak cukup lebar untuk memuatkan semua lajur. Dalam kes ini, kami akan melaraskan bilangan baris dan/atau lajur supaya iklan anda muat dengan baik dalam ruang yang tersedia dan memberikan pengalaman pengguna yang baik.
Contoh baris dan lajur
Kod contoh ini menunjukkan kepada anda cara menjana unit iklan Multiplex dengan empat baris dan satu lajur yang menunjukkan sejumlah empat iklan.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-rows-num="4"
data-matched-content-columns-num="1"
data-matched-content-ui-type="image_stacked"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Kod contoh ini menunjukkan kepada anda cara menjana unit iklan Multiplex dengan dua baris dan dua lajur yang menunjukkan empat iklan pada keseluruhannya.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-rows-num="2"
data-matched-content-columns-num="2"
data-matched-content-ui-type="image_stacked"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Kod contoh ini menunjukkan kepada anda cara menjana unit iklan Multiplex dengan tiga baris dan tiga lajur yang menunjukkan sembilan iklan pada keseluruhannya.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-rows-num="3"
data-matched-content-columns-num="3"
data-matched-content-ui-type="image_stacked"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Kod contoh ini menunjukkan kepada anda cara menjana unit iklan Multiplex dengan grid 4x1 pada mudah alih dan grid 2x2 pada komputer. Anda boleh menggunakan persediaan ini jika anda mempunyai laman responsif.
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=i-gno/re-d1234567890123456" crossorigin="anonymous"></script>
<!-- pbad -->
<ins class="adsbygoogle"
style="display:block"
data-ad-client="i-gno/re-d1234567890123456"
data-ad-slot="1234567890"
data-matched-content-rows-num="4,2"
data-matched-content-columns-num="1,2"
data-matched-content-ui-type="image_stacked,image_stacked"
data-ad-format="autorelaxed"></ins>
<script>
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
</script>
Penyelesaian masalah
Selepas anda menyesuaikan unit iklan Multiplex anda, iklan tersebut mungkin tidak dipaparkan betul-betul seperti yang anda jangka. Berikut ialah beberapa isu biasa dengan unit iklan Multiplex dan cara membetulkan isu tersebut:
Terdapat dua sebab perkara ini mungkin berlaku:
- Jumlah iklan dalam unit iklan Multiplex anda sama ada kurang daripada 1 atau lebih daripada 30. Anda perlu menukar bilangan baris dan/atau lajur dalam unit iklan Multiplex anda supaya jumlah iklan adalah dalam had.
- Unit iklan Multiplex anda terlalu lebar untuk bilangan iklan yang anda tetapkan. Dalam kes ini, anda harus cuba mengurangkan lebar unit iklan Multiplex anda.
Menggunakan konsol untuk mencari ralat dalam unit iklan Multiplex anda
Anda boleh menggunakan konsol dalam penyemak imbas anda untuk menyemak sama ada anda telah mengubah suai kod iklan Multiplex anda dengan betul. Sebagai contoh, konsol boleh memberitahu anda jika kod iklan anda tidak mempunyai parameter yang diperlukan atau parameter mengandungi nilai yang tidak sah.
Jika anda menggunakan Chrome, anda boleh mengikut langkah-langkah ini untuk menguji kod iklan anda dalam Konsol DevTools:
- Lawati halaman dengan unit iklan Multiplex anda.
- Tekan Ctrl+Shift+J (Windows / Linux) atau Cmd+Opt+J (Mac).
- Semak panel Konsol untuk mesej ralat.