Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Sediakan iklan di laman anda

Anda boleh membiarkan Google menyiarkan iklan untuk anda atau meletakkan unit iklan secara manual dengan sendiri. #autoads #adunits

Selepas akaun AdSense anda diaktifkan, anda sudah bersedia untuk menyediakan iklan di laman anda. Terdapat dua cara untuk anda menyediakan iklan ini: Iklan atuomatik atau unit iklan.

Contoh halaman ikhtisar iklan dalam AdSense.

Iklan automatik

Iklan automatik merupakan cara yang cepat dan mudah untuk penerbit AdSense bersedia serta menyiarkan iklan.

Pilih Iklan automatik jika anda mahu:

  • Automasi: Google menentukan iklan yang akan dipaparkan dan tempat iklan tersebut dipaparkan, yang membolehkan anda memfokuskan pada membuat kandungan yang hebat.
  • Kesederhanaan: anda mengawal semua iklan dengan hanya memetik suis.
  • Kemudahan: Iklan automatik berfungsi pada mudah alih, tablet dan desktop serta menyediakan liputan iklan yang baik di halaman anda.

Ketahui cara menyediakan Iklan automatik.

Nota: Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian tentang Iklan automatik:

  • Iklan automatik bersifat automatik, maka Google memilih peletakan iklan yang paling berkesan untuk iklan anda.
  • Google hanya akan memaparkan Iklan automatik jika iklan ini kemungkinan besar akan menunjukkan prestasi yang baik dan memberikan pengalaman pengguna yang baik.
Petua: Mahu meningkatkan hasil iklan anda? HiNative mencapai peningkatan 20% dalam jumlah hasil iklan menggunakan Iklan automatik dalam halaman. Ketahui cara mencapai peningkatan dalam HiNative case study.

Unit iklan

Unit iklan sesuai untuk penerbit AdSense yang mahukan kawalan penuh ke atas peletakan iklan mereka.

Pilih unit iklan jika anda mahu;

  • Kawalan: pilih pelbagai jenis iklan dan saiz iklan serta tempatkan iklan anda dengan tepat di tempat anda mahu iklan tersebut dipaparkan di halaman anda.

Ketahui cara membuat unit iklan.

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian tentang unit iklan:

  • Unit iklan bersifat manual, jadi jangan lupa untuk menempatkan unit iklan pada semua halaman anda yang anda mahu iklan dipaparkan.
  • Perlu diingat bahawa terdapat peraturan tentang tempat anda boleh menempatkan unit iklan. Terpulang kepada anda untuk memastikan iklan anda mematuhi Dasar program AdSense.
  • Sesetengah format iklan seperti sauh dan vignet tidak tersedia untuk unit iklan.
Petua: Pengguna WordPress? Dapatkan bantuan dengan penambahan kod AdSense.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
2815115918688481312
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false