Pengenalan
Dasar ini terpakai kepada penggunaan perkhidmatan AdSense for Search (AFS) Google menerusi protokol Iklan Carian Tersuai (CSA).
Untuk memastikan kejelasan, bagi tujuan dasar ini:
- "iklan" bermaksud iklan yang disediakan oleh Google. Kata ini tidak bermaksud mana-mana iklan (atau produk atau perkhidmatan pengiklanan yang lain) yang tidak disediakan oleh Google;
- "kandungan" bermaksud segala perkara yang anda bentangkan kepada pengguna, termasuk kandungan yang dijana penerbit, kandungan bersindiket, kandungan yang dijana pengguna, hasil carian organik, iklan (sama ada disediakan oleh Google atau mana-mana pihak ketiga), dan pautan ke laman atau apl yang lain; dan
- sekiranya telah diisyaratkan bahawa kelulusan Google diperlukan, keperluan tersebut hanya terpakai bagi penggunaan perkhidmatan Google, termasuk iklan yang disediakan oleh Google.
Anda mestilah memastikan bahawa perkhidmatan Google yang anda gunakan, termasuk apa-apa kandungan pada harta yang melaksanakan perkhidmatan Google, mematuhi dasar ini. Google boleh mengambil tindakan pembetulan untuk apa-apa ketidakpatuhan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkara yang berikut: (1) menggantung penyediaan mana-mana perkhidmatan Google, (2) memerlukan supaya anda menghentikan atau mengubah suai penggunaan atau pelaksanaan mana-mana perkhidmatan Google, atau (3) melaksanakan mana-mana hak menurut Perjanjian Perkhidmatan Google, Syarat Perkhidmatan Dalam Talian Google AdSense yang bersesuaian, atau mana-mana perjanjian lain yang berkaitan antara anda dengan Google.
Dasar
Di samping dasar Program AdSense Google, iklan carian AdSense memiliki dasar tambahan yang berikut yang perlu anda terima untuk penyertaan.
Dasar yang berikut dikenakan pada semua pelaksanaan Iklan carian dalam laman desktop dan laman mudah alih. Untuk memastikan kejelasan, pelaksanaan iklan carian tidak disokong pada apl mudah alih.
- Pemboleh ubah pertanyaan yang dihantar kepada Google hendaklah sepadan dengan niat carian pengguna
Iklan carian hanya boleh digunakan pada halaman hasil carian yang dikembalikan daripada niat carian pengguna yang jelas melalui satu daripada tiga sumber:- Pertanyaan carian yang dimasukkan dan diserahkan terus oleh pengguna dalam kotak carian tanpa pengeditan, pengubahsuaian atau penapisan. Kotak carian seharusnya tidak diisi lebih awal dengan istilah carian, dan penerbit tidak boleh membuat pautan yang mengandungi istilah carian yang telah diisi lebih awal.
- Ciri penyepaduan produk AdSense for Search, seperti yang ditakrifkan oleh dan mematuhi dasar Ciri Penyepaduan Produk AdSense for Search oleh Google.
- Pertanyaan Carian Alternatif, seperti yang ditakrifkan oleh dan mematuhi Dasar Pertanyaan Carian Alternatif Google.
- Hanya satu permintaan Iklan carian dibenarkan bagi setiap tindakan pengguna
Anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan untuk Iklan carian bagi setiap tindakan pengguna. Tindakan pengguna boleh berbentuk klik oleh pengguna atau penatalan yang memulakan pemuatan tak segerak lebih banyak hasil carian. - Sifat kandungan boleh dicari
Seperti yang diterangkan dalam dasar program AdSense, kandungan berhak cipta atau kandungan yang melanggar garis panduan kandungan laman kami hendaklah tidak menjadi fokus kandungan boleh dicari anda. - Kod hanya boleh digunakan pada halaman hasil carian
Unit iklan hanya boleh diletakkan pada halaman hasil carian. - Iklan hendaklah dikenal pasti dengan jelas dan boleh dibezakan daripada hasil carian
- Tiada carian yang menyediakan insentif
Anda tidak boleh memampasi pengguna untuk melihat iklan atau melakukan carian. - Iklan hendaklah dipaparkan pada halaman yang mengandungi hasil carian
Iklan ialah tambahan kepada hasil carian yang dikembalikan oleh laman anda dan bukan merupakan hasil carian tersebut. - Rakan kongsi tidak boleh membuat pengisian Iklan carian dengan AdSense for Content (AFC), Google Ad Manager dan/atau iklan AdMob
Tidak dibenarkan untuk menggabungkan jenis permintaan dalam satu peletakan, seperti dengan membuat pengisian hasil Iklan carian dengan pengiklanan Google yang lain, mis., dengan menggunakan AdSense for Content, Google Ad Manager atau AdMob. Tindakan menyelang-nyelikan jenis permintaan untuk peletakan yang sama juga tidak dibenarkan, seperti menggunakan Iklan carian AdSense pada sesetengah paparan dan menggunakan AdSense for Content, Google Ad Manager atau AdMob pada paparan lain. -
Anda tidak boleh meletakkan Iklan carian pada halaman yang pada masa yang sama juga memaparkan permintaan teks Google Ads melalui unit lain.
-
Bilangan iklan berhubung dengan hasil organik
Bilangan iklan tidak boleh melebihi bilangan hasil carian untuk pertanyaan carian pengguna. -
Melainkan diluluskan oleh Google secara bertulis, Iklan carian tidak boleh dilaksanakan pada halaman hasil carian jika sebahagian besar hasil carian terdiri daripada perkara yang berikut:
- Video
- Imej
- Pengagregatan berita
- Orang
- Muzik
- Kandungan yang berasal daripada mana-mana perkhidmatan Google selain Programmable Search Engine (mis. API YouTube).
Dasar yang khusus untuk desktop
-
Maksimum tiga unit iklan bagi setiap halaman - Halaman hasil carian anda boleh menampilkan maksimum tiga unit iklan. Anda juga boleh memasukkan satu unit pautan dan satu unit AdSense for Content atau satu unit Ad Exchange yang perlu ditetapkan kepada iklan imej atau iklan sasaran peletakan sahaja.
-
Bilangan iklan berhubung dengan hasil organik
- Bilangan iklan tidak boleh melebihi bilangan hasil carian untuk pertanyaan carian pengguna
- Maksimum lima iklan (satu unit) di atas atau di bawah hasil carian dan iklan tersebut tidak boleh menggunakan lebih daripada satu pertiga ruang hasil carian tanpa menatal
- Maksimum lapan iklan dalam unit di bahagian tepi hasil
Dasar yang khusus untuk Web Mudah Alih dan Tablet
- Maksimum dua unit iklan bagi setiap halaman
Anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan bagi Iklan carian untuk Mudah Alih bagi setiap halaman yang akan memaparkan hasil carian. Halaman hasil carian anda boleh menampilkan maksimum dua unit Iklan carian untuk Mudah Alih. Hanya satu unit iklan boleh dipaparkan pada skrin pada bila-bila masa. - Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan pada bahagian atas dan tidak boleh memaparkan lebih daripada tiga iklan dalam unit iklan pada bahagian bawah.
- Anda tidak boleh memaparkan lebih daripada satu unit Iklan carian untuk Mudah Alih kepada pengguna pada satu-satu masa.