Google mesti mematuhi sekatan yang dikenakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing Amerika Syarikat (OFAC). Oleh itu, AdSense tidak tersedia untuk penerbit di negara atau wilayah yang berikut:
- Crimea
- Cuba
- Negara yang digelar Republik Rakyat Donetsk (DNR) dan Republik Rakyat Luhansk (LNR)
- Iran
- Korea Utara
- Syria
Selain itu, AdSense tidak tersedia kepada mana-mana entiti atau individu yang dihadkan di bawah sekatan perdagangan dan undang-undang pematuhan eksport yang berkenaan. AdSense juga tidak tersedia untuk entiti atau individu yang dimiliki atau dikawal oleh atau bertindak untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang dihadkan tersebut.
Pematuhan penerbit terhadap peraturan sekatan
Penerbit AdSense juga hendaklah mematuhi sekatan dan peraturan eksport yang berkenaan, termasuk sekatan OFAC dan bersetuju untuk tidak menyebabkan Google melanggar peraturan ini. Anda tidak boleh menggunakan AdSense untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang dihadkan. Anda tidak boleh menggunakan AdSense untuk atau bagi pihak entiti atau individu yang berada di negara atau wilayah dalam sekatan.
Wilayah yang ditambahkan baru-baru ini
Sekiranya anda berpangkalan di lokasi yang baru-baru ini menjadi tertakluk pada sekatan OFAC, akaun AdSense anda akan digantung.
Jika akaun anda terlibat dalam sekatan antarabangsa, kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel apabila kami menggantung akaun anda. Tempoh tangguh atau pengecualian tidak dibenarkan. Jika anda percaya bahawa akaun anda tidak patut digantung, sila gunakan borang hubungi ini untuk membuat rayuan.
Akses akaun di wilayah yang dikenakan sekatan
Walaupun akaun anda tidak berpangkalan di salah satu negara atau wilayah yang dikenakan sekatan, anda masih boleh tertakluk pada sekatan tersebut: apabila anda berada secara fizikal di negara atau wilayah yang dikenakan sekatan, anda tidak akan dapat log masuk ke AdSense. Namun, anda masih boleh mengakses Pusat Bantuan AdSense dan laman web AdSense lain yang tidak memerlukan log masuk.
Baki terakru untuk akaun sedia ada
Kami akan cuba membayar baki terakru kepada penerbit AdSense yang terlibat setakat yang kami dibenarkan di sisi undang-undang. Misalnya, di Crimea, tiada bayaran akan diproses selepas 1 Februari 2015, sebagaimana yang dikehendaki di bawah undang-undang A.S.