Kami faham bahawa anda mungkin mempunyai soalan tentang pembayaran pindahan kawat. Berikut ialah jawapan kepada beberapa soalan lazim kami.
Apakah yang berlaku apabila anda menghubungi kami:
- Kami menyemak sejarah pembayaran anda dan mengesahkan sama ada pembayaran anda berjaya dikeluarkan.
- Sekiranya pembayaran anda telah dibatalkan, kami menghubungi bank anda untuk mengetahui sebabnya, kemudian memberitahu anda cara membetulkan isu tersebut dan menerima pembayaran anda.
- Sekiranya tidak dibatalkan, kami akan menghubungkan anda dengan pasukan kewangan kami yang akan membantu anda mengesan pembayaran anda dengan salinan SWIFT/UTR. Bank anda boleh menggunakan salinan SWIFT/UTR untuk mencari pembayaran anda kerana salinan SWIFT/UTR tersebut mengandungi maklumat seperti masa dan tarikh yang bank anda menerima pembayaran anda.
Untuk menghubungi kami, ikut langkah-langkah dalam penyelesai masalah ini.
Soalan lazim tentang pindahan kawat
Topik:
- Pembayaran saya gagal
- Menambah maklumat akaun bank untuk pindahan kawat
- Menerima pembayaran melalui pindahan kawat
- Yuran, kadar pertukaran dan mata wang
Pembayaran saya gagal
Sebab yang paling biasa pembayaran gagal adalah termasuk:
- Butiran bank dalam profil penerima anda tidak sepadan dengan butiran akaun bank anda
- Nombor akaun bank anda tidak sah
- Anda tidak memberikan kod SWIFT
- Anda tidak memberikan apa-apa butiran bank perantara
Kami juga akan memberi anda salinan SWIFT/UTR untuk membolehkan bank anda mencari pembayaran anda. Salinan SWIFT/UTR tersebut mengandungi maklumat seperti masa dan tarikh yang bank anda menerima pembayaran anda. Apabila anda mempunyai salinan SWIFT/UTR, minta bank anda menggunakan maklumat ini untuk mencari pembayaran anda.
Sila minta bank anda untuk membatalkan pembayaran tersebut. Google akan menarik balik dana dan mengeluarkan semula pembayaran. Harap maklum bahawa proses ini akan mengambil masa sekitar 15 hari perniagaan.
Sekiranya anda menerima salinan SWIFT seperti contoh yang ditunjukkan di atas, ini bermakna pembayaran anda telah diserahkan kepada bank anda tetapi bank anda belum menggunakan pembayaran tersebut pada akaun anda. Sila hubungi bank anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pada masa ini bank anda semata-mata yang bertanggungjawab untuk mencari pembayaran anda. Kami tidak dapat memberikan maklumat lanjut kepada anda yang menjangkaui "bukti pembayaran" ini.
Menambah maklumat akaun bank untuk pindahan kawat
Anda boleh memilih bank yang anda inginkan untuk menerima pembayaran AdSense anda, dengan syarat anda mempunyai akaun di institusi tersebut.
Kami mengesyorkan agar anda berbincang dengan bank anda dan mendapatkan butiran tentang yuran yang dikenakan untuk transaksi ini serta maklumat yang diperlukan untuk menerima pembayaran anda. Harap maklum bahawa selepas menghantar pindahan kawat, dana tersebut tidak boleh dihalakan kepada bank lain.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Hanya bank anda yang boleh mengesahkan sama ada akaun anda dapat menerima pembayaran AdSense melalui pindahan kawat antarabangsa. Kami mengesyorkan agar anda merujuk kepada bank anda dan mengesahkan bahawa akaun menerima jenis transaksi ini. Bank anda juga boleh memaklumi anda tentang apa-apa yuran yang mungkin dikenakan untuk menerima pindahan kawat.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Ya, anda boleh berbuat demikian. Sila pastikan butiran penerima yang anda masukkan dalam profil penerima dalam akaun AdSense anda benar-benar sepadan dengan butiran bank penerima bagi pemegang akaun tersebut, jika tidak pembayaran anda akan gagal. Sekiranya pembayaran anda gagal, pembayaran mungkin mengambil masa hingga 2-3 minggu untuk dikeluarkan semula.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Untuk menerima pembayaran, anda memerlukan maklumat berikut (semua yang diperlukan):
- Nombor akaun bank
- Nama pemegang akaun
- Kod SWIFT
- Nama bank
- Kod Sistem Kewangan India (IFSC) (India sahaja)
- Kod pengenalan bank (BIK) (Rusia sahaja)
Maklumat di bawah ialah pilihan dan anda hanya perlu memberikan maklumat tersebut jika diperlukan oleh bank anda:
- Kod SWIFT bank perantara
- Nama bank perantara
- Apa-apa arahan "Untuk Kredit Seterusnya" atau "Untuk Manfaat" yang diperlukan oleh bank anda
Salinan SWIFT ialah salinan elektronik dokumen bukti pembayaran yang dihantar ke bank anda. Salinan SWIFT bertindak sebagai pengesahan pembayaran daripada Google kepada bank anda.
Untuk memberikan maklumat yang betul, anda hendaklah menambahkan akaun bank baharu (dengan melawati "halaman Pembayaran" anda atau dengan mengklik makluman merah dalam akaun anda yang menyatakan “Pembayaran anda sedang ditahan”), kemudian alih keluar akaun bank yang sedia ada.
Untuk melindungi privasi dan keselamatan maklumat perbankan anda, sokongan AdSense tidak mendapat akses untuk mengedit atau mengalih keluar maklumat yang telah anda masukkan.
Maklumat akaun bank anda perlu dimasukkan dengan betul kerana pembayaran akan dikeluarkan kepada akaun bank dalam rekod. Sekiranya anda mendapati bahawa maklumat yang dimasukkan adalah salah, sila semak butiran pembayaran anda dan tambahkan akaun bank yang baharu secepat mungkin.
Harap maklum bahawa pembayaran tidak boleh dikeluarkan semula jika dana mencapai akaun bank yang sah. Sekiranya bank menolak pembayaran tersebut, dana akan dikembalikan ke akaun anda.
Sekiranya pembayaran dikeluarkan dan maklumat akaun bank anda dimasukkan secara salah, sila hubungi bank anda dengan segera.
Sila masukkan aksara Latin apabila anda memasukkan butiran akaun bank anda. Jika anda cuba memasukkan aksara yang disetempatkan, anda akan melihat ralat dalam akaun anda.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Menerima pembayaran melalui pindahan kawat
Anda mungkin tidak menerima pembayaran anda kerana:
- Pembayaran anda terlewat.
Tempoh masa yang diperlukan untuk pindahan kawat anda tiba di akaun bank anda mungkin berbeza-beza bergantung pada negara dan institusi perbankan anda. Sekiranya pembayaran anda belum tiba selepas 15 hari perniagaan, anda harus menghubungi bank anda. - Pembayaran anda gagal disebabkan salah satu sebab berikut:
- Butiran bank dalam profil penerima anda tidak sepadan dengan butiran akaun bank anda
- Nombor akaun bank anda tidak sah
- Anda tidak memberikan kod SWIFT
- Anda tidak memberikan apa-apa butiran bank perantara.
Kami akan mengesahkan sama ada pembayaran anda telah berjaya dikeluarkan atau ditolak. Jika pembayaran anda ditolak, kami akan menyiasat dengan bank dan memberitahu anda sebab dan cara membaiki masalah ini. Sekiranya pembayaran anda berjaya dikeluarkan, kami akan menghubungkan anda dengan pasukan kewangan kami yang akan menyediakan salinan SWIFT/UTR untuk menjejak pembayaran anda. Bank anda boleh menggunakan salinan SWIFT/UTR untuk mencari pembayaran anda kerana salinan SWIFT/UTR tersebut mengandungi maklumat seperti masa dan tarikh yang bank anda menerima pembayaran anda. Apabila anda mempunyai salinan SWIFT/UTR, minta bank anda menggunakan maklumat ini untuk mencari pembayaran anda.
Yuran, kadar pertukaran dan mata wang
Google tidak mengenakan yuran pada anda untuk menerima dana anda, tetapi anda mungkin dikenakan yuran oleh bank anda. Hubungi bank anda untuk bertanya tentang kadar pertukaran dan yuran lain yang akan dikenakan pada pembayaran anda.
Sekiranya anda ingin melaraskan jadual pembayaran anda untuk meminimumkan yuran yang dikenakan oleh bank, anda boleh menahan pembayaran anda buat sementara waktu. Ketahui cara menahan pembayaran anda.
Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang amaun yang dibayar kepada anda, lihat artikel ini tentang bahagian hasil AdSense dan perbezaan antara anggaran pendapatan dan pendapatan dimuktamadkan.
Bank di sesetengah negara dapat menerima dana dalam USD atau Euro (bergantung pada negara), kemudian menukar dana tersebut kepada mata wang tempatan anda. Jika bank anda menawarkan keupayaan untuk membuka akaun dalam mata wang USD atau Euro, pilihan ini diutamakan. Sila semak dengan bank anda untuk mengesahkan pilihan yang paling sesuai bagi anda.
Harap maklum bahawa pembayaran untuk akaun di Rusia hanya boleh dibayar kepada akaun bank yang menggunakan USD.