Untuk melindungi keselamatan akaun anda dan memudahkan kami mencari butiran khusus akaun, anda mungkin diminta memberikan ID apabila anda berkomunikasi dengan Google. Pengumpulan maklumat ini membolehkan kami mengesahkan sama ada maklumat peribadi yang anda berikan adalah betul.
ID anda akan disulitkan dan disimpan dalam sistem dalaman Google dengan tahap perlindungan yang tinggi dan tidak akan dikongsi dengan pengguna lain.
Bentuk ID yang diterima
-
Kad ID keluaran kerajaan: Imej tersebut mesti memaparkan nama dan alamat surat-menyurat penerima anda seperti yang tertera dalam akaun AdSense anda.
-
Penyata bank, bil telefon atau resit sewa: Jika alamat pos dalam akaun anda berbeza daripada alamat yang dipaparkan pada kad ID anda atau kad ID anda tidak mengandungi maklumat tentang alamat surat-menyurat, anda juga boleh mengesahkan alamat anda dengan memberikan imej penyata bank, bil telefon atau resit sewa yang memaparkan nama dan alamat pos penerima anda seperti yang tertera dalam akaun AdSense anda.
- Kami hanya menerima maklumat yang dicetak dalam salah satu bahasa yang kami sokong.
- Imej anda mestilah boleh dibaca, jelas dan bebas daripada bayang dan silau.
- Jika dokumen anda mengandungi dua muka, tangkap gambar muka hadapan dan belakang serta muat naik kedua-dua imej.
- Terma dan Syarat AdSense atau Syarat Perkhidmatan AdSense untuk YouTube tidak membenarkan pemindahan pemilikan akaun.