Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Privasi dan keselamatan

Penapisan kandungan

Penapisan kandungan merujuk kepada sistem automatik yang ditetapkan untuk memproses volum data yang besar dan mengambil tindakan ke atas mana-mana kandungan yang memenuhi kriteria tertentu. Penerbit sering kali menggunakan penyelesaian penapisan teks dan media untuk mengendalikan sebahagian besar kandungan yang dijana oleh pengguna pada laman mereka. Sistem ini sering kali digunakan untuk menapis kandungan seperti perkongsian fail dewasa dan haram serta penjualan senjata api, dadah, alkohol dan tembakau.

Penting: Kandungan yang melanggar dasar tidak semestinya dihoskan secara setempat. Malah pemautan kepada sumber luaran yang mengehoskan kandungan tersebut dianggap sebagai pelanggaran. Sebagai contoh, penerbit yang membingkaikan filem yang dihoskan secara haram di laman pihak ketiga melanggar Dasar Penerbit Google.

Membangunkan penyelesaian dalaman

Ramai penerbit memilih untuk membangunkan sistem penapisan mereka sendiri. Tindakan ini memberikan manfaat yang berikut:

  • Penapisan berdasarkan teks boleh dikodkan dengan agak mudah
  • Penyelesaian sendiri sering kali lebih murah daripada penyelesaian komersil
  • Penerbit paling memahami laman dan pengguna mereka dan dapat menjangkakan isu dasar dengan lebih mudah berbanding orang lain
Berikut ialah beberapa idea dan cadangan untuk dipertimbangkan semasa membangunkan penyelesaian berasaskan teks dalaman.

 

Membuat senarai kata kunci
Untuk menapis teks, sistem perlu bergantung pada senarai kata kunci yang terdiri daripada perkataan individu dan juga gabungan perkataan. Tindakan membuat senarai ini boleh dilakukan melalui beberapa cara, yang bergantung pada jenis kandungan, amaun kandungan tersebut di laman dan sumber yang tersedia oleh penerbit:
  • Susun senarai perkataan dan frasa anda sendiri yang ingin anda tapis. Anda boleh menggunakan intuisi anda sendiri atau mendapatkan bantuan:
    • Minta pekerja anda menyumbang
    • Jangkau pengguna anda untuk mendapatkan bantuan
    • Gunakan Google Ads: Alat Kata Kunci
    • Untuk mendapatkan inspirasi tambahan, lihat di laman web yang mengehoskan kandungan yang tidak diingini (contohnya laman dewasa dan/atau perkongsian fail) dan ketahui kata kunci yang sering dipaparkan di sini.
  • Kodkan alat pengikis kata kunci automatik anda sendiri:
    • Gunakan data enjin carian untuk menyemak semua halaman pada sesebuah laman
    • Dapatkan senarai yang mempunyai perkataan dan gabungan perkataan yang unik
    • Simpan kata kunci yang paling biasa digunakan dan buang yang lain. Jangan lupa untuk menyingkirkan artikel dan perkataan yang biasa seperti 'a', 'and' atau 'the'.
    • Output sebagai fail teks
    • Ulangi langkah di atas untuk apa-apa bilangan laman sehingga anda berpuas hati dengan senarai anda.
    • Penting: Mengikis laman lain dan menggunakan kandungan laman tersebut sebagai laman anda sendiri adalah melanggar Dasar Penerbit Google dan dasar Spam untuk carian web Google serta mungkin turut menyalahi undang-undang dan/atau tidak beretika.
Menetapkan perwajaran

Semua perkataan tidak dihasilkan dengan sama dan sesetengah kata kunci adalah lebih buruk daripada yang lain. Oleh itu, anda hendaklah mempertimbangkan untuk menetapkan perwajaran yang berbeza pada istilah yang berlainan.

Sebagai contoh, penapis dewasa dalam bahasa Inggeris sepatutnya menetapkan perwajaran perkataan 'porno' lebih tinggi daripada 'seks'. Walaupun 'porno' hampir secara eksklusif berkaitan dengan kandungan yang tidak selamat untuk keluarga, 'seks' juga boleh bermakna 'jantina' - bergantung pada konteks yang digunakan.

Pertimbangkan juga perkataan yang selamat secara berasingan tetapi apabila disatukan dengan perkataan lain mungkin mempunyai makna yang amat berbeza. Contohnya, perkataan 'gambar' tidak mempunyai makna yang buruk, tetapi 'gambar remaja' sering kali merujuk kepada pornografi.

Proses penapisan
Terdapat dua pendekatan biasa apabila berurusan dengan penapisan kandungan dan terpulang kepada setiap penerbit untuk memutuskan pendekatan yang paling sesuai bagi laman mereka.

Kaedah 1 - Kandungan yang dijana oleh pengguna diimbas selepas dipaparkan di halaman:

  1. Imbas kandungan
  2. Benderakan kandungan jika memenuhi kriteria penapisan
  3. Lumpuhkan penyiaran iklan di halaman yang mengehoskan kandungan tersebut
  4. Semak kandungan secara manual:
    1. Jika selamat, dayakan penyiaran iklan dan laraskan penapis
    2. Sekiranya tidak selamat, pastikan kandungan tidak dipaparkan di halaman yang menyertakan kod iklan

Kaedah 2 - Kandungan yang dijana oleh pengguna diimbas sebelum disediakan kepada pengguna:

  1. Imbas kandungan
  2. Benderakan kandungan jika memenuhi kriteria penapisan
  3. Lakukan pertanyaan kandungan untuk semakan atau tolak kandungan tersebut secara terus
  4. Semak kandungan secara manual:
    1. Jika selamat, paparkan kandungan di halaman penyiaran iklan dan laraskan penapis
    2. Sekiranya tidak selamat, lumpuhkan penyiaran iklan dan paparkan atau tolak kandungan tersebut

Ringkasan tentang penyelesaian komersil

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menyediakan penapisan kandungan, bahkan beberapa perkhidmatan yang mengkhusus dalam jenis penapisan tertentu seperti kandungan dewasa atau kandungan berhak cipta. Terdapat juga platform sumber khalayak yang menghubungkan penerbit dan pengguna yang ingin menjana pendapatan dengan mudah di Internet. Cara terbaik untuk mendekati perkara ini adalah melakukan penyelidikan pasaran tentang topik dan memutuskan penyelesaian terbaik bagi perkhidmatan yang anda berikan. Cuba cari laman yang menyemak perisian dan lihat jenis sistem penapisan kandungan dijana pengguna yang mereka syorkan. Selepas mendapatkan semua maklumat ini, anda hendaklah memutuskan penyelesaian yang terbaik untuk anda berdasarkan skor, ciri unik serta model harga produk.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
14566623674405134250
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false