Pencarian kandungan di tapak anda sendiri menjadi mudah melalui Carian Google. Dengan menggunakan pengendali carian "site:" dalam pertanyaan, anda mengarahkan Google untuk memulangkan hasil carian hanya daripada tapak anda. Anda boleh menggunakan ciri ini untuk mengenal pasti kandungan yang (i) mungkin melanggar Dasar Penerbit Google atau (ii) berada dalam skop Sekatan Penerbit Google, yang akan mengehadkan pengiklanan yang anda terima, dengan mengikut beberapa langkah berikut:
Perkara asas
- Buka Carian Google.
- Salin pertanyaan berikut ke dalam medan Carian Google dan klik pada butang Carian Google:
- site:publisher_site.com
- Jangan lupa mengubah "publisher_site.com" kepada nama domain anda sendiri.
- Untuk mengembangkan carian anda, pastikan Penapis hasil eksplisit tidak ditandai dalam SafeSearch. Anda boleh menemui tetapan SafeSearch di penjuru kanan sebelah atas halaman hasil carian anda.
Memperincikan pertanyaan anda
- Untuk membantu anda mencari kandungan yang mungkin berada dalam skop sama ada Dasar Penerbit Google atau Sekatan Penerbit Google, cuba tambahkan kata kunci pada pertanyaan asal anda. Contohnya:
- Untuk mencari kandungan dewasa dan kemungkinan pelanggaran, cuba gunakan pertanyaan seperti:
- site:publisher_site.com seks
- site:publisher_site.com erotik
- site:publisher_site.com perkhidmatan teman sosial
- Untuk mencari pelanggaran hak cipta (seperti perkongsian fail haram):
- site:publisher_site.com dvdrip
- site:publisher_site.com penstriman
- site:publisher_site.com tonton secara percuma
- Penjualan kandungan terhad dan haram:
- site:publisher_site.com tembakau
- site:publisher_site.com senapang
- site:publisher_site.com heroin
- Perjudian:
- site:publisher_site.com poker
- site:publisher_site.com blackjack
- site:publisher_site.com texas hold'em
- Untuk mencari kandungan dewasa dan kemungkinan pelanggaran, cuba gunakan pertanyaan seperti:
- Anda juga boleh menggunakan Carian Imej Google untuk melihat gambar yang sepadan dengan pertanyaan anda. Perkara ini amat berguna untuk mencari kandungan yang lebih bersifat grafik, seperti kandungan dewasa. Selepas melakukan percubaan dengan contoh di atas, hanya klik pada Pautan imej di bawah kotak carian untuk melihat imej yang dikembalikan oleh pertanyaan anda
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kandungan yang dilarang atau terhad dan mendapatkan inspirasi bagi pertanyaan anda, semak Dasar Penerbit Google serta Sekatan Penerbit Google.