Google Account berfungsi sebagai log masuk induk Google, yang terdiri daripada satu alamat e-mel dan kata laluan.
Walaupun Google Account serupa dengan log masuk AdSense, Google Account anda membolehkan anda menggunakan sebarang perkhidmatan Google anda yang turut berkongsi log masuk ini (seperti Google Groups, Gmail, and Froogle) dengan mudah. Melalui cara ini, setelah anda log masuk, anda kekal dilog masuk - tidak lagi perlu log masuk dan keluar semasa bertukar antara berbilang perkhidmatan.
Jika anda menghadapi masalah log masuk ke akaun AdSense anda dengan akaun Google anda, lawati penyelesai masalah log masuk kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.