Saluran URL menjejaki halaman berasingan atau kumpulan halaman, berdasarkan struktur direktori laman anda.
Dengan memasukkan URL penuh atau separa, anda boleh mula menjejaki prestasi URL. Prestasi kesemua halaman di bawah URL yang anda masukkan juga akan disertakan dan dilaporkan tetapi bukan sebagai item baris berasingan. Jika anda mahu menjejaki URL berasingan, anda perlu menambahkan URL itu secara berasingan pada saluran URL anda.
Saluran URL tidak memerlukan perubahan terhadap kod anda, maka selepas anda membuat saluran URL, saluran itu akan melakukan penjejakan secara automatik dan hampir serta-merta.
Ketahui lebih lanjut tentang penjejakan prestasi halaman dengan saluran URL.