Kami mengira paparan halaman dan tera hanya apabila kod iklan kami dilaksanakan oleh penyemak imbas pengguna. Oleh hal yang demikian, terdapat beberapa faktor yang akan menyebabkan percanggahan antara statistik yang anda daftarkan dalam log anda dengan yang disenaraikan dalam akaun AdSense anda.
Tika yang tidak akan melaksanakan kod termasuk:
- Lelabah, robot atau perangkak daripada enjin carian lain
- Penyemak imbas yang tidak mendayakan JavaScript atau tidak menyokong JavaScript
- Penyemak imbas yang tidak menyokong tag <iframe>
- Atur cara yang mungkin telah ditulis oleh pengguna untuk mengambil kandungan laman web
Satu lagi sebab anda mungkin menemukan perbezaan antara laporan AdSense dengan statistik anda sendiri ialah aktiviti yang tidak sah. Kami mengalih keluar klik dan tera yang diperoleh daripada beberapa bentuk aktiviti yang tidak sah daripada data pelaporan kami. Oleh hal yang demikian, anda mungkin mendapati terdapat nilai metrik yang sedikit tinggi untuk klik dan tera dalam statistik anda sendiri.
Tonton video di bawah untuk mengetahui perihal bentuk aktiviti yang tidak sah yang berbeza dengan lebih lanjut:
Selain itu, jika halaman anda memaparkan berbilang unit iklan, sentiasa ingat bahawa AdSense memaparkan berbilang tera unit iklan untuk setiap paparan halaman.