Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Garis panduan pengalaman pengguna

5. Ubah pelawat kasual menjadi pengguna setia

Pastikan anda mengingati prinsip pengalaman pengguna ini semasa mengoptimumkan laman anda

Setakat ini, kami telah membincangkan cara memastikan anda memahami perkara yang dicari oleh pengguna anda dan cara menyampaikannya kepada pengguna. Namun begitu, anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah caranya memastikan pengguna kerap kembali? Lagipun, perniagaan berulang ialah teras perniagaan dalam talian serta luar talian. Untuk memastikan pengguna kembali, anda bukan hanya sekadar perlu menjawab soalan mereka; anda perlu memberi mereka sebab untuk kembali kepada laman anda.

Petua:

Yang berikut ialah beberapa cara anda boleh mengubah pelawat satu kali menjadi pelawat berulang:

  • Kandungan baharu: Pertama sekali, pastikan anda sentiasa menyediakan kandungan baharu yang berkualiti tinggi. Seterusnya, pastikan anda mempamerkan kandungan baharu pada laman penambat popular anda.
  • Kandungan yang berkaitan: Tunjukkan kandungan yang serupa kepada pengguna pada bahagian lain laman anda. Buat bahagian yang memautkan pengguna kepada kandungan popular tentang subjek yang sama. Tindakan ini akan mendorong lebih banyak pelibatan.
  • Sosial: Memudahkan pengguna berhubung dengan anda melalui rangkaian sosial kegemaran mereka. Semua rangkaian sosial utama mengandungi widget yang boleh ditempatkan pada laman anda untuk membolehkan pengguna mengikuti anda. Selepas pengguna mengikuti anda, pastikan anda mempamerkan kandungan paling popular anda untuk mendorong lawatan berulang.
  • E-mel: Pastikan anda mempunyai cara untuk pelanggan melanggan senarai e-mel anda bagi mendapatkan kemaskinian dan/atau surat berita.
  • Pelibatan pengguna: Memudahkan pengguna berinteraksi dengan kandungan anda, melalui forum, sistem rating atau syor.
Oleh sebab 67% pengguna akan beralih jika memerlukan terlalu banyak langkah untuk membeli atau mendapatkan maklumat yang diinginkan, penting untuk anda menghasilkan kandungan yang menyasarkan minat mereka. Untuk mengetahui cara membina hubungan dengan pengguna anda, muat turun Panduan AdSense untuk Pelibatan Khalayak.
Ilustrasi garis panduan pengalaman pengguna.

Contoh:

Jika anda mempunyai laman tawaran yang membolehkan pengguna mencari tawaran, anda boleh menggesa mereka mendaftar untuk menerima makluman melalui e-mel apabila tawaran baharu yang sepadan dengan minat mereka ditambahkan pada laman. Anda juga boleh memaparkan bilangan pengguna yang mengesyorkan tawaran agar pengguna melihat tawaran yang popular.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Peroleh Potensi Pertumbuhan

Jangan terlepas cerapan AdSense yang berharga. Ikut serta untuk menerima laporan prestasi, petua yang diperibadikan dan undangan webinar yang boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda

Ikut serta

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
10993239155316486396
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false