Biasanya laporan gagal dijalankan atau dieksport disebabkan oleh masalah teknikal. Sebagai contoh, laporan yang mengandungi julat tarikh yang sangat panjang mungkin tamat masa semasa laporan tersebut sedang dijalankan.
Anda boleh menggunakan cadangan yang berikut untuk menangani beberapa masalah biasa yang dihadapi semasa menjalankan atau mengeksport laporan:
Semak tamat masa laporan
Laporan mungkin tamat masa jika data yang digunakan semasa menjana laporan tersebut adalah terlalu besar (walaupun laporan akhir adalah lebih kecil berbanding dengan laporan asal). Apabila anda mengeksport laporan kepada Google Drive, saiz laporan tersebut mestilah lebih kecil daripada saiz fail yang dibenarkan untuk hamparan.
- Gunakan julat tarikh yang lebih pendek.
- Gunakan kurang dimensi.
- Gunakan penapis yang lebih terperinci.
- Jika anda mengeksport laporan, gunakan format fail lain.
- Bahagikan satu laporan besar kepada beberapa laporan yang lebih kecil menggunakan metrik yang berbeza.
- Bahagikan satu laporan besar kepada beberapa laporan yang lebih kecil menggunakan penapis yang berbeza.
Semak penyemak imbas anda
- Log keluar daripada semua Google Account dalam penyemak imbas. Kemudian, log masuk ke akaun yang dipautkan kepada akaun AdSense anda.
- Gunakan mod peribadi atau inkognito, jika tersedia dalam penyemak imbas pilihan anda.
- Kosongkan data semakan imbas. Perkara ini termasuk cache, kuki dan "Data apl yang dihoskan".
- Pertimbangkan untuk melumpuhkan sambungan, terutamanya penyekat iklan kerana penyekat iklan boleh menyebabkan masalah.
- Gunakan penyemak imbas lain.
Semak persekitaran anda
- Gunakan peranti atau komputer lain.
- Gunakan sistem pengendalian lain.
- Apabila anda mengeksport laporan, pastikan bahawa proksi rangkaian tidak menyekat muat turun.
- Gunakan rangkaian lain atau rangkaian luaran.