Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Betulkan isu dasar

Memahami isu dasar, masalah kawal selia, pilihan pengiklan dan status penyiaran iklan

Dalam artikel ini, kami akan menyemak jenis isu yang mempengaruhi penyiaran iklan dan maksud status penyiaran iklan dalam Pusat dasar.

Isu yang mempengaruhi penyiaran iklan

Jika laman anda mengalami masalah yang menjejaskan penyiaran iklan, hal ini bermakna sama ada laman anda melanggar dasar Program kami, dipengaruhi oleh keperluan kawal selia atau kurang menerima pengiklanan disebabkan oleh pilihan pengiklan. Perkara ini termasuk keadaan apabila permintaan iklan berasal daripada halaman anda yang telah anda benamkan dalam laman yang mengalami masalah.

Terdapat tiga jenis masalah yang dikenal pasti dalam Pusat dasar: isu dasar, masalah kawal selia dan pilihan pengiklan. Anda tidak akan menerima pengiklanan yang terdapat isu dasar. Pelanggaran dasar yang berulang boleh menyebabkan penggantungan akaun. Anda tidak perlu menyelesaikan masalah kawal selia atau pilihan pengiklan tetapi anda mungkin akan menerima kurang pengiklanan, yang mungkin mempengaruhi hasil anda.

Anda juga mungkin menerima amaran sebelum tindakan dilakukan pada penyiaran iklan anda.

Semak jadual di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis masalah ini dan status penyiaran iklan yang berkaitan dengan masalah tersebut.

Isu dasar

Isu dasar berlaku jika anda gagal mematuhi Dasar program semasa memaparkan iklan pada laman anda. Apabila perkara ini berlaku, anda perlu membuat perubahan untuk menerima pengiklanan. Pelanggaran Dasar program boleh mengakibatkan sekatan penyiaran iklan, penyiaran iklan dilumpuhkan, penggantungan akaun atau penamatan akaun.

Yang berikut ialah beberapa contoh isu dasar:

Contoh Perkara yang berlaku Status penyiaran iklan
Kandungan seksual eksplisit Laman anda tidak mematuhi Dasar Penerbit Google untuk Kandungan seksual eksplisit pada masa ini. Isu dasar ini dikuatkuasakan dengan Penyiaran iklan dilumpuhkan.
Iklan disiarkan oleh Google pada skrin tanpa kandungan penerbit Laman anda tidak mematuhi Dasar Penerbit Google untuk Iklan siaran Google pada skrin tanpa kandungan penerbit pada masa ini. Isu dasar ini dikuatkuasakan dengan Penyiaran iklan dihadkan.

Masalah kawal selia

Masalah kawal selia berlaku apabila iklan pada laman anda terjejas oleh keperluan kawal selia negara atau serantau. Contoh peraturan tersebut termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR), undang-undang privasi negara AS dll.

Masalah kawal selia boleh menjejaskan jenis iklan yang dilihat pengguna pada laman anda, seperti sekatan penyiaran iklan yang diperibadikan atau tidak diperibadikan di sesetengah rantau geografi.

Yang berikut ialah contoh masalah kawal selia:

Contoh Perkara yang berlaku Status penyiaran iklan

Keperluan persetujuan: Tiada CMP

Pada masa ini anda tidak menggunakan Platform Pengurusan Persetujuan (CMP) diperakui yang berdaftar dengan Rangka Kerja Ketelusan dan Persetujuan (TCF) IAB semasa menyiarkan iklan kepada pengguna di EEA, UK dan Switzerland.

Laman yang menghadapi masalah keperluan persetujuan menerima Pemeribadian iklan terhad

Pilihan pengiklan

Pilihan pengiklan bermaksud sesetengah pengiklan memilih untuk tidak membida iklan pada kandungan berlabel kerana pengiklan ini mendapati kandungan tertentu (mis., arak, tembakau atau imej tidak senonoh berunsur seks) tidak menarik atau sesuai dengan jenama mereka. Pilihan pengiklan juga boleh digunakan akibat daripada cara anda meletakkan iklan pada halaman anda.

Pilihan pengiklan termasuk masalah yang tergolong dalam Pengehadan Penerbit Google serta pengendalian seperti Klik Disahkan. Masalah yang dilabel sebagai pilihan pengiklan mungkin akan menerima kurang pengiklanan. Penyelesaian masalah pilihan pengiklan adalah disyorkan kerana hal ini boleh menjejaskan hasil anda.

Yang berikut ialah beberapa contoh pilihan pengiklan:

Contoh Perkara yang berlaku Status penyiaran iklan

Kandungan seks

Laman anda tergolong dalam Pengehadan Penerbit Google untuk Kandungan seks.

Laman yang dikenakan pengehadan penerbit menerima status Penyiaran iklan dihadkan.

Klik Disahkan

Google Ads telah menentukan bahawa iklan tertentu pada laman anda menjana klik yang tidak diniatkan. Perkara ini mewujudkan pengalaman pengguna yang kurang baik kerana pengguna tiba pada laman penambat pengiklan dan bukannya kandungan yang dikehendaki.

Google Ads telah menambahkan Klik Disahkan pada iklan yang terjejas. Klik Disahkan menambahkan klik kedua yang menambah baik pengalaman pengguna dengan membolehkan pengguna mengesahkan niat mereka untuk melawati halaman yang diiklankan.

Laman yang ditambahkan Klik Disahkan menerima status Klik Disahkan dihidupkan.

Amaran

Sesetengah isu dasar, masalah kawal selia dan pilihan pengiklan diberikan tempoh amaran sebelum tindakan diambil terhadap penyiaran iklan anda. Jika anda menerima amaran, ini bermakna laman anda tidak mematuhi Dasar program pada masa ini atau mengandungi kandungan yang dikenakan Pengehadan Penerbit Google. Jika tiada perubahan dibuat di laman, tindakan lanjut mungkin diambil terhadap laman atau akaun anda.

Yang berikut merupakan contoh amaran:

Contoh Perkara yang berlaku Status penyiaran iklan

Pertindihan Iklan & Kandungan

Anda telah menerima amaran bahawa laman anda tidak mematuhi dasar Program Pertindihan Iklan & Kandungan.

Anda perlu membuat perubahan agar laman tersebut mematuhi dasar.

Semak Pusat dasar anda untuk mendapatkan tarikh "selesaikan sebelum".

Laman yang mempunyai amaran menerima status Penyiaran iklan mengalami risiko.

Status penyiaran iklan

Status penyiaran iklan anda memaklumi anda cara laman anda yang mengalami isu menerima kesan. Jadual di bawah menerangkan tentang status tersebut dan maksud status tersebut.

Contoh Perkara yang berlaku Status penyiaran iklan
Siaran iklan dilumpuhkan Semua iklan disekat di laman anda. Laman anda tidak menyiarkan iklan disebabkan oleh pelanggaran dasar.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat.

Setelah menangani pelanggaran dasar di laman, anda boleh meminta semakan untuk mendayakan penyiaran iklan.

Siaran iklan dihadkan

Terdapat pengehadan pada pengiklan yang boleh membida pada inventori anda.

Laman anda berkemungkinan mempunyai sedikit atau tiada permintaan pembeli disebabkan bukan semua sumber iklan boleh membida.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat, jika ada.

Penyiaran iklan mengalami risiko

Penyiaran iklan belum lagi dipengaruhi, tetapi anda perlu membuat perubahan di laman anda untuk memastikan penyiaran iklan diteruskan.

Perkara ini berlaku disebabkan amaran di laman anda. Amaran lazimnya menyertakan tarikh penguatkuasaan, sama ada tindakan lanjut dilakukan dan penyiaran iklan dipengaruhi.

Betulkan isu sebelum tarikh penguatkuasaan untuk mengelakkan penyiaran iklan daripada dihadkan atau dinyahdayakan.

Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat.

Siaran iklan terhad

Perkara ini mempengaruhi akaun AdSense anda. Penyiaran iklan terhad bermakna Google telah menetapkan had bilangan iklan yang boleh dipaparkan oleh akaun AdSense anda.

Ketahui lebih lanjut tentang had penyiaran iklan.

Pastikan anda memahami trafik iklan dan pengguna anda. Jangan sekali-kali mengklik iklan anda sendiri dan elakkan daripada bekerjasama dengan pihak yang tidak dipercayai atau berkualiti rendah.

Ketahui lebih lanjut tentang mengelakkan aktiviti yang tidak sah.

Klik Disahkan dihidupkan Sesetengah iklan pada inventori anda membuat klik yang tidak diniatkan, jadi Google menambahkan Klik Disahkan pada iklan ini.

Semak pelaksanaan iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelaksanaan tidak dibenarkan dan pelaksanaan disyorkan.

Sistem kami menggunakan Klik Disahkan secara automatik apabila mengesan klik tak sengaja. Begitu juga, sistem membatalkan Klik Disahkan secara automatik apabila tidak lagi mengesan klik tak sengaja.

Pemeribadian iklan terhad

Sesetengah laman tidak menggunakan CMP yang diperakui untuk meminta persetujuan pengguna.

Laman yang tidak menggunakan CMP yang diperakui oleh Google tidak akan layak untuk iklan diperibadikan. Laman yang menggunakan CMP yang diperakui layak untuk iklan diperibadikan, iklan tidak diperibadikan (NPA) dan iklan terhad.

Tiada CMP

Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF.

  1. Jika anda belum berbuat demikian, pilih CMP diperakui yang berdaftar dengan TCF.
  2. Laksanakan penyelesaian CMP anda.

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan CMP diperakui.

CMP tidak diperakui

Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rententan TCF daripada CMP yang diperakui.

  1. Jika anda mempunyai CMP anda sendiri, daftar untuk mendapatkan pensijilan.
  2. Jika anda menggunakan CMP pihak ketiga yang belum diperakui, galakkan CMP anda mendaftar untuk mendapatkan pensijilan. Anda juga boleh melihat senarai CMP diperakui kami.
Nota: Jika anda telah menggunakan CMP yang diperakui baru-baru ini, masalah ini mungkin memerlukan masa hingga 48 jam untuk diselesaikan dan dialih keluar daripada Pusat dasar.

Liputan rendah

Kebanyakan permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF.

  1. Anda telah melaksanakan CMP tetapi anda tidak melaksanakan CMP itu dengan betul merentas semua inventori anda.
  2. Anda mempunyai penyelesaian CMP tetapi terdapat masalah yang berkaitan dengan konfigurasi atau pensijilan.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
18321016208114503044
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false