Dalam artikel ini, kami akan menyemak jenis isu yang mempengaruhi penyiaran iklan dan maksud status penyiaran iklan dalam Pusat dasar.
Isu yang mempengaruhi penyiaran iklan
Jika laman anda mengalami masalah yang menjejaskan penyiaran iklan, hal ini bermakna sama ada laman anda melanggar dasar Program kami, dipengaruhi oleh keperluan kawal selia atau kurang menerima pengiklanan disebabkan oleh pilihan pengiklan. Perkara ini termasuk keadaan apabila permintaan iklan berasal daripada halaman anda yang telah anda benamkan dalam laman yang mengalami masalah.
Terdapat tiga jenis masalah yang dikenal pasti dalam Pusat dasar: isu dasar, masalah kawal selia dan pilihan pengiklan. Anda tidak akan menerima pengiklanan yang terdapat isu dasar. Pelanggaran dasar yang berulang boleh menyebabkan penggantungan akaun. Anda tidak perlu menyelesaikan masalah kawal selia atau pilihan pengiklan tetapi anda mungkin akan menerima kurang pengiklanan, yang mungkin mempengaruhi hasil anda.
Anda juga mungkin menerima amaran sebelum tindakan dilakukan pada penyiaran iklan anda.
Semak jadual di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis masalah ini dan status penyiaran iklan yang berkaitan dengan masalah tersebut.
Isu dasar
Isu dasar berlaku jika anda gagal mematuhi Dasar program semasa memaparkan iklan pada laman anda. Apabila perkara ini berlaku, anda perlu membuat perubahan untuk menerima pengiklanan. Pelanggaran Dasar program boleh mengakibatkan sekatan penyiaran iklan, penyiaran iklan dilumpuhkan, penggantungan akaun atau penamatan akaun.
Yang berikut ialah beberapa contoh isu dasar:
Contoh | Perkara yang berlaku | Status penyiaran iklan |
---|---|---|
Kandungan seksual eksplisit | Laman anda tidak mematuhi Dasar Penerbit Google untuk Kandungan seksual eksplisit pada masa ini. | Isu dasar ini dikuatkuasakan dengan Penyiaran iklan dilumpuhkan. |
Iklan disiarkan oleh Google pada skrin tanpa kandungan penerbit | Laman anda tidak mematuhi Dasar Penerbit Google untuk Iklan siaran Google pada skrin tanpa kandungan penerbit pada masa ini. | Isu dasar ini dikuatkuasakan dengan Penyiaran iklan dihadkan. |
Masalah kawal selia
Masalah kawal selia berlaku apabila iklan pada laman anda terjejas oleh keperluan kawal selia negara atau serantau. Contoh peraturan tersebut termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR), undang-undang privasi negara AS dll.
Masalah kawal selia boleh menjejaskan jenis iklan yang dilihat pengguna pada laman anda, seperti sekatan penyiaran iklan yang diperibadikan atau tidak diperibadikan di sesetengah rantau geografi.
Yang berikut ialah contoh masalah kawal selia:
Contoh | Perkara yang berlaku | Status penyiaran iklan |
---|---|---|
Keperluan persetujuan: Tiada CMP |
Pada masa ini anda tidak menggunakan Platform Pengurusan Persetujuan (CMP) diperakui yang berdaftar dengan Rangka Kerja Ketelusan dan Persetujuan (TCF) IAB semasa menyiarkan iklan kepada pengguna di EEA, UK dan Switzerland. |
Laman yang menghadapi masalah keperluan persetujuan menerima Pemeribadian iklan terhad |
Pilihan pengiklan
Pilihan pengiklan bermaksud sesetengah pengiklan memilih untuk tidak membida iklan pada kandungan berlabel kerana pengiklan ini mendapati kandungan tertentu (mis., arak, tembakau atau imej tidak senonoh berunsur seks) tidak menarik atau sesuai dengan jenama mereka. Pilihan pengiklan juga boleh digunakan akibat daripada cara anda meletakkan iklan pada halaman anda.
Pilihan pengiklan termasuk masalah yang tergolong dalam Pengehadan Penerbit Google serta pengendalian seperti Klik Disahkan. Masalah yang dilabel sebagai pilihan pengiklan mungkin akan menerima kurang pengiklanan. Penyelesaian masalah pilihan pengiklan adalah disyorkan kerana hal ini boleh menjejaskan hasil anda.
Yang berikut ialah beberapa contoh pilihan pengiklan:
Contoh | Perkara yang berlaku | Status penyiaran iklan |
---|---|---|
Kandungan seks |
Laman anda tergolong dalam Pengehadan Penerbit Google untuk Kandungan seks. |
Laman yang dikenakan pengehadan penerbit menerima status Penyiaran iklan dihadkan. |
Klik Disahkan |
Google Ads telah menentukan bahawa iklan tertentu pada laman anda menjana klik yang tidak diniatkan. Perkara ini mewujudkan pengalaman pengguna yang kurang baik kerana pengguna tiba pada laman penambat pengiklan dan bukannya kandungan yang dikehendaki. Google Ads telah menambahkan Klik Disahkan pada iklan yang terjejas. Klik Disahkan menambahkan klik kedua yang menambah baik pengalaman pengguna dengan membolehkan pengguna mengesahkan niat mereka untuk melawati halaman yang diiklankan. |
Laman yang ditambahkan Klik Disahkan menerima status Klik Disahkan dihidupkan. |
Amaran
Sesetengah isu dasar, masalah kawal selia dan pilihan pengiklan diberikan tempoh amaran sebelum tindakan diambil terhadap penyiaran iklan anda. Jika anda menerima amaran, ini bermakna laman anda tidak mematuhi Dasar program pada masa ini atau mengandungi kandungan yang dikenakan Pengehadan Penerbit Google. Jika tiada perubahan dibuat di laman, tindakan lanjut mungkin diambil terhadap laman atau akaun anda.
Yang berikut merupakan contoh amaran:
Contoh | Perkara yang berlaku | Status penyiaran iklan |
---|---|---|
Pertindihan Iklan & Kandungan |
Anda telah menerima amaran bahawa laman anda tidak mematuhi dasar Program Pertindihan Iklan & Kandungan. Anda perlu membuat perubahan agar laman tersebut mematuhi dasar. Semak Pusat dasar anda untuk mendapatkan tarikh "selesaikan sebelum". |
Laman yang mempunyai amaran menerima status Penyiaran iklan mengalami risiko. |
Status penyiaran iklan
Status penyiaran iklan anda memaklumi anda cara laman anda yang mengalami isu menerima kesan. Jadual di bawah menerangkan tentang status tersebut dan maksud status tersebut.
Contoh | Perkara yang berlaku | Status penyiaran iklan |
---|---|---|
Siaran iklan dilumpuhkan | Semua iklan disekat di laman anda. Laman anda tidak menyiarkan iklan disebabkan oleh pelanggaran dasar. |
Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat. Setelah menangani pelanggaran dasar di laman, anda boleh meminta semakan untuk mendayakan penyiaran iklan. |
Siaran iklan dihadkan |
Terdapat pengehadan pada pengiklan yang boleh membida pada inventori anda. Laman anda berkemungkinan mempunyai sedikit atau tiada permintaan pembeli disebabkan bukan semua sumber iklan boleh membida. |
Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat, jika ada. |
Penyiaran iklan mengalami risiko |
Penyiaran iklan belum lagi dipengaruhi, tetapi anda perlu membuat perubahan di laman anda untuk memastikan penyiaran iklan diteruskan. Perkara ini berlaku disebabkan amaran di laman anda. Amaran lazimnya menyertakan tarikh penguatkuasaan, sama ada tindakan lanjut dilakukan dan penyiaran iklan dipengaruhi. |
Betulkan isu sebelum tarikh penguatkuasaan untuk mengelakkan penyiaran iklan daripada dihadkan atau dinyahdayakan. Semak perihalan isu dalam Pusat dasar untuk menentukan perubahan yang perlu anda buat. |
Siaran iklan terhad |
Perkara ini mempengaruhi akaun AdSense anda. Penyiaran iklan terhad bermakna Google telah menetapkan had bilangan iklan yang boleh dipaparkan oleh akaun AdSense anda. Ketahui lebih lanjut tentang had penyiaran iklan. |
Pastikan anda memahami trafik iklan dan pengguna anda. Jangan sekali-kali mengklik iklan anda sendiri dan elakkan daripada bekerjasama dengan pihak yang tidak dipercayai atau berkualiti rendah. Ketahui lebih lanjut tentang mengelakkan aktiviti yang tidak sah. |
Klik Disahkan dihidupkan | Sesetengah iklan pada inventori anda membuat klik yang tidak diniatkan, jadi Google menambahkan Klik Disahkan pada iklan ini. |
Semak pelaksanaan iklan anda. Ketahui lebih lanjut tentang pelaksanaan tidak dibenarkan dan pelaksanaan disyorkan. Sistem kami menggunakan Klik Disahkan secara automatik apabila mengesan klik tak sengaja. Begitu juga, sistem membatalkan Klik Disahkan secara automatik apabila tidak lagi mengesan klik tak sengaja. |
Pemeribadian iklan terhad |
Sesetengah laman tidak menggunakan CMP yang diperakui untuk meminta persetujuan pengguna. Laman yang tidak menggunakan CMP yang diperakui oleh Google tidak akan layak untuk iklan diperibadikan. Laman yang menggunakan CMP yang diperakui layak untuk iklan diperibadikan, iklan tidak diperibadikan (NPA) dan iklan terhad. |
Tiada CMP Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF.
Ketahui lebih lanjut tentang pilihan CMP diperakui. CMP tidak diperakui Sesetengah permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rententan TCF daripada CMP yang diperakui.
Nota: Jika anda telah menggunakan CMP yang diperakui baru-baru ini, masalah ini mungkin memerlukan masa hingga 48 jam untuk diselesaikan dan dialih keluar daripada Pusat dasar.
Liputan rendah Kebanyakan permintaan iklan pada inventori anda dari EEA, UK dan Switzerland tiada rentetan TCF.
|