Artikel ini memberikan ikhtisar ringkas tentang saluran yang boleh anda gunakan dalam AdSense untuk membuat pensegmenan sumber trafik anda. Anda juga boleh melihat dokumentasi penuh tentang jenis saluran AdSense: saluran diperibadikan dan saluran URL.
Saluran diperibadikan
Gunakan saluran diperibadikan untuk unit iklan khusus. Saluran diperibadikan membolehkan anda melihat prestasi satu kumpulan tertentu unit iklan berbanding dengan kumpulan yang lain.
Tidak seperti laporan terbina dalam (unit iklan, saiz iklan, dsb.), anda boleh membuat kumpulan ini dengan sendiri. Penjejakan pelbagai unit iklan melalui saluran unik membolehkan anda membuat pengasingan dengan pantas sekiranya terdapat unit iklan tertentu yang perlu diberi perhatian.
Contoh pecahan untuk saluran diperibadikan
- Peletakan iklan
- Atas halaman
- Bawah halaman
- Sebaris dengan kandungan
- Sebelah kanan kandungan
- Saiz iklan
- Sumber rujukan trafik
- Google Search
- Rangkaian media sosial
- Enjin carian lain
- Bahagian laman
- Halaman utama
- Blog
- Forum
Saluran URL
Letakkan bahagian trafik AdSense anda yang berbeza dalam saluran URL. Gunakan saluran URL untuk membuat pensegmenan prestasi iklan anda pada bahagian laman anda yang berbeza.
Langkah seterusnya
Gunakan analitis untuk mendapatkan cerapan tentang sumber trafik