Artikel ini memerihalkan manfaat pemantauan analitis pada laman anda untuk memahami prestasi laman. Contohnya, dengan Google Analytics, anda boleh mengetahui sumber trafik tertentu dalam laman anda secara terperinci. Pensegmenan sumber trafik membolehkan anda melaporkan sumber trafik tersebut.
Cara menggunakan analitis untuk melihat data sumber trafik
Menggunakan Google Analytics sebagai contoh platform analitis, anda boleh:
- Membuat URL tersuai untuk membuat pensegmenan trafik mengikut sumber yang berlainan. Gunakan pembina URL untuk membuat URL khusus bagi penggunaan setiap kempen anda yang berlainan. Sebagai contoh, anda boleh membuat URL unik untuk surat berita, siaran media sosial anda dsb.
- Selain meletakkan URL utama anda dalam surat berita anda, gunakan URL tersuai yang dibuat untuk sumber khusus tersebut. Hal ini membolehkan anda melaporkan kempen khusus ini. Kemudian, anda boleh merujuk silang data analitis anda dengan data AdSense anda daripada saluran URL pada URL kempen unik tersebut untuk melihat prestasi sumber itu.
- Melihat jenis pengguna yang melawati laman anda dan cara mereka memberikan kesan terhadap prestasi iklan AdSense anda dengan memautkan akaun AdSense anda kepada Analytics. Jika anda mendapati salah satu sumber trafik anda menghantar banyak trafik yang bukan merupakan pangkalan pengguna yang dikehendaki, anda boleh membuat perubahan yang sewajarnya.
Perkara yang perlu diperhatikan dan tindakan untuk diambil
Sekarang anda boleh melihat trafik bersegmen anda, apakah jenis perkara yang perlu anda perhatikan?
- Peningkatan tidak normal dalam
- Tera
- Klik
- CTR
- Halaman yang dilawat
- Unsur luaran berbanding dengan aspek lain dalam pelaporan anda.
Jika anda menemukan beberapa gelagat yang tidak dijangka ini, anda boleh:
- Berbincang dengan sumber trafik anda untuk memahami tempat asal pengguna sumber trafik ini.
- Hentikan kerjasama dengan sumber yang tidak menghantar pengguna yang sesuai dengan khalayak sasaran anda.
- Lapor kendiri klik tidak sah.
Selain mendedahkan gelagat yang tidak dijangka, anda juga boleh menggunakan data ini untuk mengoptimumkan prestasi laman anda. Jika anda mendapati bahawa sumber trafik tertentu memberikan prestasi yang lebih baik daripada sumber yang lain secara konsisten, anda mungkin ingin meluangkan lebih banyak masa dan wang untuk meningkatkan lebih banyak trafik daripada sumber tersebut.