Seperti yang dinyatakan dalam Terma dan Syarat AdSense, penerbit hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menyertai Program AdSense.
Sekiranya anda berusia bawah 18 tahun
Sekiranya anda belum berusia 18 tahun, anda boleh meminta ibu bapa atau penjaga mendaftar untuk AdSense menggunakan Akaun Google mereka sendiri. Sekiranya akaun AdSense mereka diluluskan, kami akan membuat semua pembayaran kepada orang dewasa yang bertanggungjawab ke atas tapak tersebut.