Artikel ini menerangkan mesej GDPR yang akan disediakan oleh Google untuk anda jika anda tidak menerbitkan mesej GDPR anda sendiri selewat-lewatnya pada 16 Januari 2024.
Mulai 16 Januari 2024, penerbit dikehendaki menggunakan Platform Pengurusan Persetujuan (CMP) yang diperakui Google apabila menyiarkan iklan kepada pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah dan UK. Jika anda belum ada mesej GDPR yang sesuai pada masa ini, anda akan diminta untuk memilih mesej GDPR apabila anda log masuk ke akaun AdSense anda. Jika anda memilih untuk membuat mesej GDPR tetapi tidak menerbitkan mesej itu selewat-lewatnya pada 16 Januari 2024, kami akan menerbitkan mesej GDPR lalai untuk anda menggunakan CMP Google sendiri. Anda boleh menyesuaikan mesej GDPR ini nanti.
Anda boleh bertukar kepada CMP yang lain pada bila-bila masa. Anda boleh menggunakan mana-mana CMP yang diperakui Google. Jika anda memilih untuk menggunakan CMP yang lain, sistem kami akan mengesan CMP ini dan kami tidak akan menyediakan mesej GDPR untuk anda pada 16 Januari 2024.
Sahkan pilihan persetujuan GDPR anda
Sebelum mesej GDPR anda disiarkan, anda perlu log masuk ke AdSense untuk melengkapkan persediaan mesej anda. Kami memerlukan beberapa maklumat tentang pilihan persetujuan yang mahu anda paparkan kepada pelawat laman anda.
Dalam dialog "Sahkan pilihan persetujuan dalam mesej GDPR anda", tentukan sama ada anda mahu menyertakan pilihan Tidak bersetuju atau tidak. Jika disertakan, mesej anda akan memberi pengguna anda pilihan untuk tidak memberikan persetujuan kepada rakan kongsi iklan anda dan tujuan rakan kongsi iklan anda.
Mesej anda akan menunjukkan sama ada:
- Pilihan Bersetuju dan Urus
Mesej anda akan menyertakan 2 pilihan. Ketahui lebih lanjut tentang elemen yang disertakan dalam mesej GDPR dua butang.
Atau - Pilihan Bersetuju dan Urus, serta Tidak bersetuju
Mesej anda akan menyertakan 3 pilihan. Ketahui lebih lanjut tentang elemen yang disertakan dalam mesej GDPR tiga butang.
Jika anda tidak log masuk ke akaun anda sebelum 16 Januari 2024, mesej persetujuan anda akan menunjukkan Pilihan Bersetuju dan Urus serta Tidak bersetuju. Harap maklum bahawa anda boleh menukar tetapan GDPR anda pada bila-bila masa.
Tetapan mesej GDPR lalai
Jika kami menerbitkan mesej GDPR untuk anda, tetapan lalai yang berikut akan digunakan:
Tetapan GDPR | Perihalan | Nilai lalai |
---|---|---|
URL Laman | URL laman atau domain laman anda. | URL laman anda. |
Bahasa | Bahasa yang akan digunakan dalam mesej yang dipaparkan. | Kami akan cuba mengesan bahasa yang digunakan pada laman anda dan menetapkan bahasa ini sebagai bahasa mesej tersebut. Jika kami tidak dapat berbuat demikian, kami akan menggunakan bahasa lalai dalam akaun AdSense anda ataupun bahasa Inggeris. |
Pilihan persetujuan pengguna | Pilihan persetujuan pengguna yang dipaparkan kepada pelawat laman dalam mesej. |
Pilihan ini akan ditetapkan kepada pilihan persetujuan yang anda pilih dalam AdSense. Jika anda tidak memilih pilihan tertentu, mesej persetujuan anda akan menunjukkan: "Pilihan Bersetuju, Tidak bersetuju atau Urus". Mesej anda tidak akan mengandungi pilihan "Tutup" |
Penggayaan | Format dan penggayaan mesej. | Tiada penyesuaian fon, gaya, warna dsb. |
URL dasar privasi | URL dasar privasi laman anda. | Pada mulanya, URL ini akan ditetapkan kepada URL laman anda.
Nota: Anda perlu mengemaskinikan URL ini kepada URL dasar privasi laman anda. Halaman dasar privasi diperlukan oleh Dasar Persetujuan Pengguna EU Google.
|
Logo | Logo yang dikaitkan dengan laman anda. | Dimatikan. |
Pautan penarikan balik persetujuan | Pautan untuk membolehkan pelawat laman menarik balik persetujuan bagi penggunaan kuki/iklan diperibadikan pada laman anda. | Ditambahkan secara automatik pada laman anda. |
Rakan kongsi iklan | Menurut Dasar Persetujuan Pengguna EU Google, anda perlu mengenal pasti setiap rakan kongsi iklan yang menerima data peribadi pengguna di Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) dan UK serta memberikan maklumat tentang penggunaan data tersebut. |
"Rakan kongsi iklan yang biasa digunakan". Senarai rakan kongsi iklan yang telah diprapilih (sebelum ini dirujuk sebagai "penyedia teknologi iklan"). Jika anda telah memilih "rakan kongsi iklan tersuai" dalam tetapan GDPR anda sebelum ini, kami akan menggunakan rakan kongsi iklan yang anda pilih. |
Kawalan kepentingan sah | Kawalan kepentingan sah yang dipaparkan kepada pelawat laman dalam mesej. | Semua pilihan akan dihidupkan dan dipaparkan. |
Sesuaikan mesej GDPR anda
Anda boleh mengubah teks dan elemen format mesej lalai anda pada bila-bila masa. Anda mungkin mahu mengemaskinikan beberapa tetapan termasuk:
- Penggayaan: Anda boleh mengedit dan mengubah format mesej anda supaya sepadan dengan standard editorial dan visual laman anda.
- Pilihan persetujuan pengguna: Anda boleh mengubah pilihan butang dalam mesej anda, sebagai contoh, jika anda tidak mahu menunjukkan butang "Tidak bersetuju".
- Logo: Jika terdapat logo yang dikaitkan dengan laman anda, anda boleh menambahkan logo pada mesej anda.
- Rakan kongsi iklan: Anda boleh menambahkan atau mengalih keluar mana-mana rakan kongsi iklan daripada senarai yang telah diprapilih. Ketahui cara mengurus rakan kongsi iklan GDPR.
- Kawalan kepentingan sah: Anda boleh membuat keputusan sama ada untuk memaparkan kawalan kepentingan sah kepada pelawat atau tidak, dan sama ada anda mahu mematikan kawalan kepentingan sah. Ketahui cara mengurus tetapan kepentingan sah.
Ketahui lebih lanjut perihal mesej GDPR.