Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Betulkan isu dasar

Pemberitahuan dasar yang meminta anda untuk membuat perubahan pada laman anda

Saya menerima pemberitahuan. Apakah yang perlu saya lakukan seterusnya?

Pemberitahuan yang anda terima sepatutnya mengandungi butiran tentang isu dasar dan halaman contoh yang kami menemui isu tersebut. Sila baca pemberitahuan tersebut dengan teliti dan buat sebarang perubahan yang sewajarnya pada laman anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kadangkala isu boleh diselesaikan dengan mengalih keluar kandungan yang melanggar dasar atau mengalih keluar iklan Google daripada halaman tersebut. Dalam kes lain, isu mungkin memerlukan perubahan pelaksanaan iklan anda. Perlu diingat bahawa halaman contoh yang kami berikan hanyalah satu contoh dan anda harus menyemak keseluruhan laman anda untuk memastikan masalah yang sama tidak terus wujud di halaman lain.

Untuk melihat sari kata dalam bahasa anda, hidupkan sari kata YouTube. Pilih ikon tetapan Imej ikon tetapan YouTube pada bahagian bawah pemain video, kemudian pilih "Sari Kata/SK" dan pilih bahasa anda.


Kembali ke atas


Apakah yang akan berlaku jika saya tidak membuat perubahan?

Harap maklum bahawa jika anda tidak membuat perubahan untuk memastikan laman anda mematuhi dasar, siaran iklan akan dilumpuhkan di laman anda.

Jika anda terlepas tarikh akhir dan siaran iklan telah dilumpuhkan di laman anda, sila buat perubahan yang sesuai dan kemudian hubungi kami untuk dipertimbangkan semula.

Kembali ke atas


Bagaimana jika saya tidak dapat melengkapkan perubahan dalam masa yang ditetapkan?

Jika anda tidak dapat melengkapkan perubahan anda dan pelanggaran masih ditemukan, siaran iklan akan dilumpuhkan di laman anda. Walaupun siaran iklan akan dilumpuhkan, anda boleh terus mengemaskinikan laman anda dan menghubungi kami untuk semakan semula setelah anda memastikan laman anda mematuhi dasar.

Kembali ke atas


Saya memerlukan penjelasan tentang dasar yang telah dilanggar oleh laman saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila buat carian dalam Pusat Bantuan ini atau lawati Forum Bantuan kami untuk menemukan penjelasan tambahan tentang dasar kami. Jika anda mahukan penjelasan lanjut atau untuk melihat contoh dasar kami, sila lawati sumber dalam talian kami:

Kembali ke atas

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15381697782308326739
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false