Secara umum, dasar kami adalah untuk tidak membenarkan iklan Google dibuka dalam tetingkap baharu. Walau bagaimanapun, di beberapa pasaran, termasuk China, kami mendapati bahawa tindakan membuka iklan dalam tetingkap baharu lebih sejajar dengan gelagat Internet yang diharapkan dan memberikan pengalaman pengguna yang lebih konsisten dan intuitif.
Dengan mengutamakan kepentingan pengalaman pengguna, kami telah mendayakan iklan Google untuk dibuka dalam tetingkap baharu di lokasi yang perkara ini menjadi gelagat penyemakan imbas yang dijangkakan. Fungsi ini ditentukan oleh IP pengguna dan bukan pilihan yang boleh anda buat pada akaun AdSense anda.
Kami juga meminta bahawa anda tidak mengubah suai kod iklan AdSense atau mengubah suai hasil daripada mengklik iklan di laman web anda, kerana gelagat sedemikian melanggar dasar program kami.