Sesetengah pengubahsuaian kod AdSense tidak dibenarkan. Ketahui tentang pengubahsuaian kod iklan yang boleh diterima dan perkara yang perlu dielakkan semasa melaksanakan kod anda.
Dasar Program kami tidak membenarkan apa-apa pengubahan pada kod AdSense yang meningkatkan prestasi iklan secara buatan atau menjejaskan penukaran pengiklan. Akaun penerbit anda menawarkan beberapa pilihan apabila menjana kod iklan, yang kami harap membolehkan anda membuat reka letak iklan yang sesuai dengan laman anda.
Secara amnya, kami mengesyorkan anda menyalin dan menampal kod iklan tersebut. Kami juga memahami bahawa dalam sesetengah keadaan, pengubahsuaian adalah penting bagi pengalaman pengguna yang lebih baik.
Teknik yang perlu dielakkan
Berikut ialah beberapa teknik yang perlu anda elakkan:
- Menyembunyikan unit iklan pada bila-bila masa (mis.,
display:none
), melainkan anda sedang melaksanakan unit iklan responsif. - Melaksanakan kod iklan AdSense dengan cara yang akan menutup kandungan atau kandungan menutup iklan.
- Meletakkan unit iklan pada laman mudah alih atau laman reka bentuk responsif dengan cara yang akan menyebabkan kandungan dan iklan bertindih.
- Memanipulasikan penyasaran iklan menggunakan kata kunci tersembunyi, IFRAME atau sebarang kaedah lain.
- Mengedarkan iklan dalam e-mel atau perisian.
- Memanipulasikan penghantaran atau penyampaian iklan untuk menarik perhatian yang tidak wajar (mis., iklan menyelinap ke dalam skrin, iklan zum masuk/keluar).
- Mencetuskan klik iklan semasa tindakan seret pengguna pada halaman web mudah alih.
Pengubahsuaian yang boleh diterima
Berikut ialah beberapa pengubahsuaian yang boleh diterima:
Kod iklan tidak segerak membolehkan anda menetapkan saiz iklan melalui CSS dan juga pertanyaan media secara pilihan agar sesuai dengan laman responsif anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara menggunakan unit iklan responsif.
Percubaan AdSense membolehkan anda membandingkan pelaksanaan pelbagai jenis iklan dan/atau tetapan gaya iklan teks bagi unit iklan anda. Percubaan membantu anda membuat keputusan yang termaklum tentang cara mengkonfigurasikan unit iklan anda dan boleh membantu anda meningkatkan pendapatan anda. Ketahui lebih lanjut tentang percubaan.
Jika anda memerlukan lebih kawalan ke atas ujian A/B anda, rujuk coretan kod yang berikut:
- Kod iklan segerak:
<script type="text/javascript">
var random_number = Math.random();
google_ad_client = "ca-publisher-id";
google_ad_width = 728;
google_ad_height = 90;
if (random_number < .5){
google_ad_slot = "1234567890";
} else {
google_ad_slot = "2345678901";
}
</script>
<script type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script> - Kod iklan tak segerak:
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-publisher-id" crossorigin="anonymous"></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-publisher-id">
</ins>
<script>
if (Math.random() < .5) {
mySlotId = '1234567890';
} else {
mySlotId = '2345678901';
}
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
params: { google_ad_slot: mySlotId }
});
</script>
- Kod iklan segerak:
<script type="text/javascript">
var channel_condition = object.booleanMethod();
google_ad_client = "ca-publisher-id";
google_ad_slot = "1234567890";
google_ad_width = 728;
google_ad_height = 90;
if (channel_condition){
google_ad_channel = "123457789";
} else {
google_ad_channel = "263477489";
}
</script>
<script type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script> - Kod iklan tak segerak:
<script async src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/adsbygoogle.js?client=ca-publisher-id" crossorigin="anonymous"">
<ins class="adsbygoogle"
style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-publisher-id"
data-ad-slot="1234567890">
</ins>
<script>
channel_condition = object.booleanMethod();
if (channel_condition) {
my_google_ad_channel = '123457789';
}
else {
my_google_ad_channel = '263477489';
}
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
params: { google_ad_channel: my_google_ad_channel}
});
</script>
- Kod iklan segerak:
<script type="text/javascript">
google_ad_client = "ca-publisher-id";
google_ad_slot = "1234567890";
google_ad_width = 728;google_ad_height = 90;
</script>
<script type="text/javascript"
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
</script> - Kod iklan tak segerak:
<script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-publisher-id" crossorigin="anonymous""></script>
<ins class="adsbygoogle"
style="display:inline-block;width:728px;height:90px"
data-ad-client="ca-publisher-id"
data-ad-slot="1234567890"></ins>
<script>(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});</script>
Untuk mendapatkan butiran tentang pengubahan yang anda benarkan untuk dibuat pada kod AdSense for Search, lihat dasar AdSense for Search.