Apabila anda mendayakan Pusat semakan iklan, anda boleh menyemak iklan individu selepas iklan tersebut dipaparkan dan memilih sama ada anda mahu terus memaparkan iklan tersebut pada halaman anda atau tidak. Artikel ini menerangkan cara mendayakan Pusat semakan iklan dalam AdSense.
Lengkapkan langkah yang berikut:
- Log masuk ke akaun AdSense anda.
- Klik Keselamatan jenama.
- Klik produk anda. Contohnya, klik Kandungan untuk iklan AdSense for Content.
- Klik Pusat semakan iklan.
- Klik Dayakan.
Pusat semakan iklan anda kini didayakan. Anda boleh mula menyemak iklan dalam masa lebih kurang sejam.
Nota: Pada awalnya, anda hanya akan melihat iklan yang telah dipaparkan pada laman anda sejak anda mendayakan Pusat semakan iklan. Sepanjang satu atau dua hari akan datang, lebih banyak iklan akan dipaparkan untuk anda semak.