Pemberitahuan

Sila pastikan anda melawati Halaman AdSense Anda yang membolehkan anda menemukan maklumat diperibadikan tentang akaun anda bagi membantu anda menggunakan AdSense dengan jayanya.

Pengewangan dan iklan

Sabotaj dan cara mengelakkan sabotaj

Artikel ini menjelaskan maksud sabotaj dan menawarkan petua untuk membantu anda mencegah sabotaj.

Apakah itu sabotaj?

Kami memahami bahawa pihak ketiga mungkin menghasilkan aktiviti tidak sah pada iklan anda tanpa pengetahuan atau kebenaran anda.

Perkara ini boleh dilakukan melalui dua cara:

  • Manual: pihak terbabit sendiri yang menjana aktiviti atau mereka menggalakkan pengguna lain berbuat demikian
  • Automatik: pihak terbabit menggunakan suatu proses automatik, seperti bot klik

Petua untuk membantu anda mencegah sabotaj

Oleh sebab aktiviti jenis ini tidak menggambarkan minat pengguna yang sebenar dalam iklan, kami meningkatkan sistem pengesanan kami secara berterusan untuk mengenal pasti corak dan menapis aktiviti tersebut sebagai tidak sah.

Namun begitu, penerbit masih bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti pada iklan mereka adalah sah.

Atas sebab ini, kami sangat mengesyorkan agar anda menyemak petua kami untuk mencegah aktiviti yang tidak sah. Anda juga boleh memberitahu kami tentang insiden sabotaj.

Jika akaun anda telah dilumpuhkan atas sebab aktiviti yang tidak sah dan anda berpendapat hal ini berlaku disebabkan oleh sabotaj, sila lawati Soalan Lazim untuk akaun yang dilumpuhkan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
true
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
6644173556135049169
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
157
false
false
false
false