Kami faham bahawa penerbit sentiasa mencari cara baharu untuk meningkatkan trafik ke laman web mereka. Walau bagaimanapun, tindakan mempromosikan laman web yang memaparkan iklan Google menerusi e-mel tidak diminta adalah melanggar dasar program. Harap maklum juga bahawa penerbit tidak dibenarkan meletakkan iklan AdSense dalam e-mel.
Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang cara yang dibenarkan untuk meningkatkan trafik ke laman web anda.