Walaupun perkhidmatan pertukaran trafik mungkin membantu anda mendapatkan trafik ke tapak anda, kami tidak mengesyorkan anda menggunakan ciri ini. Perkara ini adalah kerana ciri ini mungkin membawa kepada klik atau tera tidak sah dan menyebabkan akaun anda dilumpuhkan.
Dasar Program AdSense melarang keras apa-a-a cara untuk menjana tera atau klik iklan secara rekaan, termasuk perkhidmatan pihak ketiga seperti program dibayar untuk klik, dibayar untuk semak imbas, autosemak imbas dan pertukaran klik. Program ini menawarkan insentif untuk pengguna melihat halaman atau mengklik iklan, yang menyebabkan aktiviti yang berbahaya kepada pengiklan kami.
Kami turut meminta anda agar tidak menggunakan alat atau perkhidmatan pihak ketiga untuk meningkatkan trafik tapak anda, kerana perkara ini juga mungkin menyebabkan aktiviti yang tidak sah yang serupa dan akaun anda dilumpuhkan. Kami sedar bahawa anda mungkin mempunyai pertanyaan tentang perkhidmatan khusus dan sama ada perkhidmatan tersebut berkemungkinan membuat tera atau klik tidak sah. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa kami tidak dapat memberikan komen tentang apa-apa perkhidmatan pihak ketiga yang khusus.
Jika anda inginkan cadangan tentang cara meningkatkan trafik ke tapak anda melalui cara yang mematuhi dasar Program kami, baca petua kami untuk meningkatkan trafik ke tapak anda. Untuk mendapatkan panduan tentang cara memastikan akaun anda dalam kedudukan yang baik, semak panduan pemula dasar AdSense dan dasar Spam untuk carian web Google.