Pecahan URL Halaman menunjukkan prestasi pengewangan untuk halaman paling popular anda bagi 30 hari yang lalu.
Nota:
- Halaman perlu menerima bilangan tera minimum agar layak untuk pecahan ini.
- Tindakan menggabungkan pecahan ini dengan pecahan lain mungkin menyebabkan sesetengah trafik anda ditapis keluar. Contohnya, jika anda menjalankan laporan Halaman teratas untuk 7 hari lalu, laporan akan menunjukkan baris untuk setiap halaman yang telah menerima tera yang mencukupi. Jika anda kemudian menambahkan pecahan negara, laporan hanya akan menunjukkan baris untuk setiap halaman yang menerima tera yang mencukupi di negara tertentu.
- Laporan yang menggunakan pecahan ini tidak mempunyai baris "Semua" dalam jadual data laporan tersebut. Perkara ini kerana bukan semua halaman mempunyai teraan yang mencukupi agar layak.
- Pecahan ini hanya tersedia bagi untuk AdSense for Content.