Penerbit AdSense ialah pihak yang akhirnya bertanggungjawab untuk trafik pada iklan mereka. Atas sebab ini, anda disyorkan agar memantau trafik iklan anda dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan akaun anda mematuhi dasar kami dan tidak mengakru trafik tidak sah. Jika anda mendapati sesuatu yang mencurigakan selepas mengikut petua di bawah, anda dialu-alukan untuk memaklumi kami.
Kami menggalakkan anda menyemak maklumat dalam sumber ini:
- Dasar AdSense: panduan pengguna baharu
- Dasar program AdSense
- Terma dan Syarat AdSense
- Pusat Sumber Kualiti Trafik Iklan
Petua untuk membantu anda menghalang trafik tidak sah pada iklan anda
- Memahami trafik iklan dan pelawat tapak anda
Bahagikan laporan trafik anda kepada segmen yang bermakna menggunakan saluran URL, saluran tersuai atau unit iklan. Perkara ini akan membantu anda mengukur perubahan pada sumber trafik atau cara pelaksanaan boleh mempengaruhi trafik iklan anda.
Seterusnya, gunakan Analitis Google untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pelawat tapak anda dan berwaspada terhadap apa-apa gelagat pengguna yang mencurigakan. (Dari manakah datangnya pengguna saya, sama ada dari segi geografi atau di Web? Halaman manakah yang mereka lihat di tapak saya?). Ketahui cara untuk memahami trafik anda.
- Elakkan daripada bekerjasama dengan pihak yang tidak dipercayai / berkualiti rendah
Sesetengah penerbit mempunyai isu berkenaan trafik tidak sah apabila bekerjasama dengan rangkaian iklan, enjin carian atau tapak direktori berkualiti rendah dalam usaha untuk meningkatkan trafik ke tapak mereka. Ketahui lebih lanjut tentang tindakan membeli trafik.
- Jangan mengklik pada iklan anda sendiri, walaupun anda berpendapat bahawa perbuatan demikian dibenarkan
Walaupun anda berminat dalam iklan atau mencari URL destinasinya, tindakan mengklik pada iklan anda sendiri masih dilarang. Perlu diingat bahawa walaupun kami menapis klik pada iklan anda sendiri, kami tidak mengabaikan klik tersebut sepenuhnya; jika ternyata bahawa penerbit telah mengklik iklannya sendiri untuk meningkatkan pendapatannya atau kos pengiklan, kami mungkin akan melumpuhkan akaun tersebut untuk melindungi pengiklan kami.
- Semak pelaksanaan anda sebanyak dua dan tiga kali
Sesetengah penerbit menggunakan pelaksanaan tersuai yang mungkin menyebabkan akibat yang tidak diinginkan pada permintaan iklan mereka. Pastikan pelaksanaan iklan anda mematuhi dasar peletakan iklan kami dan tiada ralat pengaturcaraan. Selain itu, semak juga iklan anda dalam penyemak imbas dan platform yang berlainan untuk memastikan bahawa iklan tersebut berfungsi seperti yang dijangkakan.
- Mencari jawapan dalam Forum Bantuan AdSense
Jika anda mempunyai soalan, penerbit lain juga mungkin pernah menghadapi isu yang sama. Jadi, sertailah perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut, atau mulakan perbincangan anda sendiri. Maklumkan penerbit yang lain sekiranya anda menemui pihak ketiga atau situasi yang cenderung untuk menjana trafik tidak sah.