Kadangkala anda akan melihat ralat "Kata laluan salah" apabila anda log masuk ke Google menggunakan apl pihak ketiga, seperti apl Mel Apple, Mozilla Thunderbird atau Microsoft Outlook. Jika anda memasukkan kata laluan anda dengan betul tetapi anda masih menerima ralat, anda mungkin perlu mengemaskinikan apl atau menggunakan apl yang lebih selamat.
Kemas kinikan apl atau sistem pengendalian anda
Jika apl atau sistem pengendalian pada peranti anda sudah lapuk, anda mungkin tidak dapat menyambungkan apl tersebut kepada Google Account anda. Cuba kemas kinikan apl atau sistem pengendalian peranti anda.
Gunakan apl yang lebih selamat
Jika apl tidak memenuhi standard keselamatan kami, Google mungkin menyekat sesiapa sahaja yang cuba log masuk ke akaun anda daripada apl tersebut.
Anda boleh log masuk ke Google Account anda daripada mana-mana apl pihak ketiga yang mengandungi pilihan "Log masuk dengan Google". Anda juga boleh log masuk ke Google Account anda menggunakan semua produk Google, seperti Gmail.
Ketahui lebih lanjut tentang apl yang kurang selamat dan Google Account anda.
Gunakan Kata Laluan Apl
Kata laluan Apl ialah kod laluan 16 digit yang memberikan kebenaran kepada apl bukan Google atau peranti untuk mengakses Google Account anda. Ketahui lebih lanjut tentang cara slog masuk menggunakan Kata Laluan Apl.