Kosongkan cache & kuki

Apabila anda menggunakan penyemak imbas, seperti Chrome, sesetengah maklumat daripada laman web disimpan dalam cache dan kuki penyemak imbas tersebut. Langkah mengosongkan cache dan kuki ini akan menyelesaikan masalah tertentu, seperti masalah pemuatan atau pemformatan pada laman.

Dalam Chrome

  1. Buka Chrome pada komputer anda.
  2. Pada bahagian atas sebelah kanan, klik Lagi Lagi kemudian Padamkan data penyemakan imbas.
  3. Pilih julat masa, seperti Jam terakhir atau Sepanjang masa.
  4. Pilih jenis maklumat yang mahu anda alih keluar.
  5. Klik Padamkan data.
    • Jika anda memadamkan kuki semasa dilog masuk ke Chrome, anda tidak akan dilog keluar daripada Google Account anda.

Petua:

Ketahui cara menukar lebih banyak tetapan kuki dalam Chrome. Sebagai contoh, anda boleh memadamkan kuki untuk laman tertentu.

Dalam penyemak imbas lain

Jika anda menggunakan Safari, Firefox atau penyemak imbas lain, semak laman sokongan penyemak imbas tersebut untuk mendapatkan arahan.

Perkara yang berlaku selepas anda memadamkan maklumat ini

Selepas anda mengosongkan cache dan kuki:

  • Sesetengah tetapan pada laman akan terpadam. Sebagai contoh, jika anda dilog masuk sebelum ini, anda perlu log masuk sekali lagi.
  • Jika anda menghidupkan penyegerakan dalam Chrome, anda akan kekal dilog masuk ke Google Account yang anda segerakkan untuk memadamkan data merentas semua peranti anda.
  • Anda mungkin mendapati sesetengah laman lebih perlahan kerana kandungan, seperti imej, perlu dimuatkan semula.

Cara cache & kuki berfungsi

  • Kuki ialah fail yang dibuat oleh laman yang anda lawati. Kuki menjadikan pengalaman dalam talian anda lebih mudah dengan menyimpan data semakan imbas.
  • Cache mengingati beberapa bahagian halaman, seperti imej, supaya halaman tersebut dapat dibuka dengan lebih cepat semasa lawatan anda yang seterusnya.
true
Welcome to your Google Account!

We see you have a new Google Account! Learn how to improve your experience with your Google Account checklist.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1321213873018147559
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
70975
false
false
false
false