Padamkan Google Account anda

Anda boleh memadamkan Google Account anda pada bila-bila masa. Jika anda berubah fikiran, anda mungkin tidak dapat memulihkan akaun anda itu.

Langkah 1: Ketahui maksud memadamkan Google Account anda

  • Anda akan kehilangan semua data dan kandungan dalam akaun itu, seperti e-mel, fail, kalendar dan foto.
  • Anda tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan Google yang anda log masuk menggunakan akaun tersebut, seperti Gmail, Drive, Kalendar atau Play.
  • Anda akan kehilangan akses kepada langganan dan kandungan yang anda beli menggunakan akaun tersebut pada laman YouTube atau Google Play, seperti apl, filem, permainan, muzik dan rancangan TV.

Apakah akan berlaku selepas saya memadamkan Google Account saya?

Jika anda menggunakan telefon Android
Anda tidak dapat menggunakan sesetengah apl dan perkhidmatan pada telefon anda lagi.

Google Play

  • Anda tidak boleh mendapatkan atau mengemaskinikan apl atau permainan daripada Play Store.
  • Anda tidak akan dapat menggunakan muzik, filem, buku atau majalah yang dibeli.
  • Anda akan kehilangan sebarang muzik yang dibeli dari tempat lain dan telah ditambahkan pada Google Play.
  • Anda mungkin kehilangan kemajuan permainan, pencapaian dan data Google Play yang lain daripada akaun anda.

Kenalan

Anda akan kehilangan kenalan yang disimpan hanya dalam Google Account anda dan bukannya secara berasingan pada peranti anda.

Drive

  • Data tidak akan disimpan pada Drive. Data ini termasuk foto yang diambil dengan peranti anda atau fail yang dimuat turun daripada e-mel.
  • Anda tidak akan dapat memuat turun atau memuat naik fail kepada akaun yang dipadamkan.
Jika anda menggunakan Chromebook

Anda tidak akan dapat menggunakan mana-mana apl atau sambungan Chrome untuk akaun yang dipadamkan.

Anda masih boleh:

  • Membenarkan orang lain menggunakan Chromebook anda untuk sementara waktu
  • Log masuk menggunakan Google Account yang belum dipadamkan

Bagaimanakah caranya memadamkan Google Account saya jika akaun saya telah digodam?

Sebelum anda memadamkan Google Account yang telah digodam atau terjejas, pertimbangkan untuk menggunakan Pemeriksaan Keselamatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bahagian akaun anda yang telah diakses tanpa kebenaran anda. Melalui cara itu, anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan bahaya selanjutnya yang disebabkan oleh penggodam. Contohnya, jika anda:

  • Menyimpan kata laluan dalam Google Account anda, anda boleh mengetahui sama ada kata laluan tersebut telah diakses atau tidak agar anda boleh menukar kata laluan jika perlu.

  • Menyimpan kenalan dalam Google Account anda, anda boleh mengetahui sama ada kenalan tersebut telah dimuat turun atau tidak agar anda boleh memberitahu kenalan supaya berhati-hati apabila menerima mesej yang mencurigakan.

  • Menggunakan Google Wallet untuk transaksi, anda boleh menyemak jika terdapat sebarang pembayaran yang tidak dibenarkan agar anda boleh mempertikaikan transaksi tersebut.

Penting: Setelah akaun anda dipadamkan, anda tidak boleh menggunakan Pemeriksaan Keselamatan lagi untuk menyemak aktiviti dalam akaun tersebut.

Langkah 2: Semak & muat turun maklumat Google Account anda

Sebelum anda memadamkan Google Account anda:

Langkah 3: Padamkan Google Account anda

Penting: Jika anda mempunyai lebih daripada satu Google Account, pemadaman satu akaun tidak akan memadamkan akaun lain.

  1. Go to the Data & Privacy section of your Google Account.
  2. Scroll to "Your data & privacy options."
  3. Select More options kemudian Delete your Google Account.
  4. Follow the instructions to delete your account.

Padamkan akaun Gmail anda

Anda boleh mengalih keluar akaun Gmail anda daripada Google Account anda. Pemadaman akaun ini tidak akan memadamkan seluruh Google Account anda.

Penting: Apabila anda memadamkan Google Account anda, data yang berkaitan dengan akaun Gmail anda akan dipadamkan. Anda tidak boleh log masuk ke akaun Gmail itu lagi.

Padamkan akaun Gmail anda tanpa memadamkan Google Account anda

Penting: Untuk memadamkan akaun Gmail tanpa memadamkan Google Account anda, anda memerlukan alamat e-mel berlainan yang dikaitkan dengan Google Account anda.

  1. Akses Google Account anda.
  2. Klik Data & privasi di sebelah kiri.
  3. Tatal kepada "Data daripada apl dan perkhidmatan yang anda gunakan".
  4. Pilih Padamkan Perkhidmatan Google.
  5. Di sebelah "Gmail", pilih Padam Padam.
  6. Masukkan alamat e-mel sedia ada yang mahu anda log masuk.
  7. Pilih Hantar e-mel pengesahan.
  8. Untuk mengesahkan alamat e-mel anda yang sedia ada, anda akan menerima e-mel pada alamat e-mel sedia ada. Alamat Gmail anda tidak akan dipadamkan sehingga anda mengesahkan alamat e-mel baharu.

Bagaimanakah caranya mengalih keluar perkhidmatan lain daripada Google Account saya?

Bagaimanakah caranya mengalih keluar Google Account saya daripada telefon saya?

Untuk mengalih keluar akaun daripada telefon anda tanpa memadamkan akaun itu, ikut arahan di bawah. Jika anda tidak menemukan telefon anda, lawati laman sokongan pembuat.

Bagaimanakah caranya memulihkan Google Account saya?

Jika anda berubah fikiran atau terpadam Google Account anda secara tidak sengaja, anda mungkin dapat memulihkan akaun anda itu dalam tempoh masa yang tertentu. Ketahui cara memulihkan akaun anda.

true
Welcome to your Google Account!

We see you have a new Google Account! Learn how to improve your experience with your Google Account checklist.

Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
15051037486579819940
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
true
true
70975
false
false
false
false