Dengan Pengesahan 2 Langkah atau pengesahan dua faktor, anda boleh menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun anda sekiranya kata laluan anda dicuri.
Setelah anda menyediakan Pengesahan 2 Langkah, anda boleh log masuk ke akaun anda menggunakan:
- Kata laluan anda dan langkah kedua
- Kunci laluan anda
Apabila anda log masuk, anda mungkin menemukan cabaran pengesahan yang berbeza. Cabaran yang akan anda temukan ialah perkara yang Google fikir adalah cara yang terbaik untuk membantu anda log masuk dengan mudah dan mengelakkan perampas.
Petua:
- Secara lalai, apabila anda membuat kunci laluan, anda mengikut serta pengalaman log masuk yang mengutamakan penggunaan kunci laluan berbanding dengan kata laluan.
- Jika anda sentiasa mahu mengutamakan penggunaan kata laluan anda, anda boleh mengubah pilihan lalai ini dalam tetapan akaun anda.
Membenarkan Pengesahan 2 Langkah
- Buka Google Account anda.
- Dalam panel navigasi, pilih Keselamatan.
- Dalam bahagian “Cara anda log masuk ke Google”, pilih Hidupkan Pengesahan 2 Langkah.
- Ikut langkah pada skrin.
Petua: Jika anda menggunakan akaun melalui tempat kerja, institusi pengajian atau kumpulan lain, langkah ini mungkin tidak berjaya. Jika anda tidak dapat menyediakan Pengesahan 2 Langkah, hubungi pentadbir anda untuk mendapatkan bantuan.
Mengesahkan diri anda dengan langkah kedua
Penting:
- Apabila anda log masuk menggunakan kunci laluan, tindakan itu akan memintas langkah pengesahan kedua anda kerana tindakan itu mengesahkan bahawa peranti anda ada bersama anda. Tidak seperti kata laluan, kunci laluan hanya wujud pada peranti anda. Kunci laluan tidak boleh ditulis atau diberikan kepada pelaku jahat secara tidak sengaja.
Setelah anda menghidupkan Pengesahan 2 Langkah, anda perlu melengkapkan langkah kedua untuk mengesahkan identiti anda jika anda memilih untuk log masuk menggunakan kata laluan. Untuk melindungi akaun anda, Google akan meminta anda melengkapkan langkah kedua yang khusus.
Menggunakan gesaan Google
Penting: Untuk menggunakan gesaan Google, anda memerlukan telefon Android dengan perkhidmatan Google Play yang dikemaskinikan.
Jika anda memilih untuk tidak log masuk menggunakan kunci laluan, kami mengesyorkan supaya anda menggunakan gesaan Google sebagai langkah kedua anda. Proses mengetik gesaan adalah lebih mudah berbanding dengan memasukkan kod pengesahan. Gesaan juga dapat membantu kami melindungi anda daripada pertukaran SIM dan penggodaman lain yang berasaskan nombor telefon.
Anda akan menerima gesaan Google sebagai pemberitahuan semerta tentang:
- Telefon Android yang telah log masuk ke Google Account anda.
- iPhone dengan apl Gmail
, apl Google Photos
, apl YouTube
atau apl Google
yang telah log masuk ke Google Account anda.
Berdasarkan maklumat peranti dan lokasi dalam pemberitahuan, anda boleh:
- Membenarkan log masuk jika anda telah membuat permintaan itu dengan mengetik Ya.
- Menyekat log masuk jika anda tidak membuat permintaan itu dengan mengetik Tidak.
Menggunakan kaedah pengesahan lain
Anda boleh menyediakan kaedah pengesahan yang lain sekiranya anda:
- Mahu perlindungan yang dipertingkat terhadap pancingan data
- Tidak dapat menerima gesaan Google
- Kehilangan telefon anda
Kunci laluan merupakan alternatif yang mudah dan selamat selain kata laluan. Dengan kunci laluan, anda boleh log masuk ke Google Account anda menggunakan cap jari, imbasan wajah atau kunci skrin peranti anda seperti PIN. Anda boleh membuat kunci laluan pada telefon, komputer atau kunci keselamatan perkakasan. Ketahui cara membuat kunci laluan.
Kunci keselamatan perkakasan ialah peranti kecil yang boleh anda beli untuk mengesahkan identiti anda semasa anda log masuk. Apabila kami perlu memastikan identiti anda, anda boleh menyambungkan sahaja kunci itu pada telefon, tablet atau komputer anda. Ketahui cara memesan kunci keselamatan perkakasan anda.
Petua: Apabila penggodam cuba mendapatkan kata laluan atau maklumat peribadi anda yang lain, kunci laluan dan kunci keselamatan perkakasan melindungi Google Account anda daripada serangan pancingan data. Ketahui lebih lanjut tentang serangan pancingan data.
Apabila anda tiada sambungan Internet atau perkhidmatan mudah alih, anda boleh menyediakan Google Authenticator atau apl lain yang membuat kod pengesahan satu kali.
Untuk mengesahkan diri anda, masukkan kod pengesahan pada skrin log masuk.
- Gunakan telefon mudah alih anda untuk mengimbas Kod QR pada komputer anda untuk mengesahkan nombor anda.
- Ikut langkah pada telefon anda untuk mengesahkan nombor anda dengan selamat.
- Untuk melengkapkan proses, kembali kepada komputer anda.