Jika anda mempunyai lebih daripada satu Akaun Google, anda boleh log masuk ke beberapa akaun sekali gus. Dengan cara itu, anda boleh bertukar daripada satu akaun kepada akaun yang lain tanpa perlu log keluar dan log masuk semula.
Setiap akaun anda mempunyai tetapan yang berasingan, tetapi dalam sesetengah kes, tetapan daripada akaun lalai anda mungkin digunakan.
Tambahkan akaun
- Log masuk ke Google pada komputer anda.
- Pilih imej profil atau parap anda di bahagian atas sebelah kanan.
- Pilih Tambahkan akaun pada menu.
- Ikut arahan untuk log masuk akaun yang hendak digunakan.
Bertukar antara akaun
- On your computer, sign in to Google.
- On the top right, select your profile image or initial.
- On the menu, select the account you'd like to use.
Log keluar
Penting: Sebelum anda log keluar, pastikan anda telah menyediakan kaedah pengesahan sandaran sekiranya anda menghadapi masalah untuk log masuk semula nanti.
- Pergi ke halaman Google, seperti google.com pada peranti anda.
- Pilih imej profil atau parap anda di bahagian atas sebelah kanan.
- Pada menu, pilih Log keluar atau Log keluar daripada semua akaun.
Alih keluar akaun anda daripada halaman log masuk
- Pada peranti anda, pergi kepada penyemak imbas tempat anda log masuk, seperti Chrome.
- Pergi ke myaccount.google.com.
- Di bahagian atas sebelah kanan, pilih gambar profil atau parap anda.
- Pilih Log keluar atau Log keluar daripada semua akaun.
- Pilih Alih keluar akaun.
- Di sebelah akaun, pilih Alih keluar
.
- Pilihan: Jika anda telah log masuk pada penyemak imbas lain, seperti Firefox atau Safari, ulangi langkah ini bagi setiap penyemak imbas.
Setiap akaun mempunyai tetapan yang berasingan
Anda boleh mengawal tetapan secara berasingan untuk setiap akaun anda. Apabila anda log masuk beberapa akaun, biasanya tetapan akaun tidak dikongsi antara akaun. Sebagai contoh, akaun anda mungkin mempunyai tetapan bahasa atau langkah log masuk yang berlainan.
Kadangkala tetapan mungkin dibawa kepada akaun lain
Jika anda log masuk ke beberapa akaun pada masa yang sama, kadangkala kami tidak dapat mengenal pasti akaun yang anda gunakan. Contohnya, jika anda log masuk ke dua akaun dan anda membuka tetingkap penyemak imbas baharu, kami tidak pasti akaun yang ingin anda gunakan. Dalam keadaan seperti ini, Google mungkin menggunakan tetapan daripada akaun lalai anda, seperti tetapan Aktiviti Web & Apl dan Pemperibadian Iklan.
Apakah itu akaun lalai?
Dalam banyak keadaan, akaun lalai ialah akaun yang anda gunakan pada kali pertama anda log masuk. Pada peranti mudah alih, akaun lalai boleh berbeza-beza bergantung pada sistem pengendalian peranti dan apl yang anda gunakan.