Sesuaikan pengalaman iklan anda

Pada halaman ini


Cara menyesuaikan pengalaman iklan anda

Anda boleh menyesuaikan pengalaman iklan anda menggunakan Pusat Iklan Saya untuk memastikan anda lebih kerap melihat iklan yang selaras dengan minat anda.

Untuk memeribadikan pengalaman iklan anda, anda boleh:

  • Menyesuaikan topik dan jenama iklan untuk memberitahu Google jenis perkara yang mahu anda lihat lebih banyak atau kurang dalam iklan.
  • Mengehadkan iklan tentang topik sensitif untuk memberitahu Google supaya tidak menunjukkan kepada anda iklan tentang topik sensitif yang tertentu, seperti arak atau perjudian.
  • Menghidupkan atau mematikan iklan diperibadikan pada Google untuk memberitahu Google sama ada perlu menggunakan keutamaan, maklumat dan aktiviti anda atau tidak, untuk memaparkan kepada anda iklan yang berkaitan.

Tindakan menyesuaikan iklan anda dan mengehadkan iklan tentang topik sensitif mempengaruhi iklan yang anda lihat dengan cara yang tidak sama. Apabila anda menyesuaikan iklan anda, anda memberi tahu Google pilihan anda dan kami cuba memaparkan kepada anda iklan yang sesuai dengan pilihan tersebut. Jika anda meminta untuk melihat kurang iklan daripada sesuatu jenama atau topik, iklan yang berkaitan daripada jenama atau topik tersebut mungkin masih akan dipaparkan kepada anda tetapi iklan daripada jenama atau topik yang lain sepatutnya dipaparkan dengan lebih kerap. Apabila anda mengehadkan iklan tentang topik yang sensitif, kami menyedari bahawa topik tersebut mungkin membuat anda tidak selesa dan cuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan kepada anda iklan tentang topik-topik tersebut.

Ketahui cara Mengehadkan iklan tentang topik yang sensitif dengan lebih lanjut.

Tempat untuk menyesuaikan iklan anda

Anda boleh menyesuaikan iklan anda dalam Pusat Iklan Saya atau pada iklan yang dipaparkan kepada anda pada perkhidmatan Google. Anda boleh mengakses Pusat Iklan Saya pada setiap perkhidmatan Google yang mungkin anda melihat iklan, seperti Google Search, YouTube dan Maps.

Pusat Iklan Saya berfungsi paling baik dalam versi penyemak imbas anda yang terbaharu, oleh yang demikian anda mungkin tidak dapat menggunakan Pusat Iklan Saya tanpa versi yang terkini.

Ketahui cara mengemaskinikan penyemak imbas anda dengan lebih lanjut.


Sesuaikan topik dan jenama iklan

Pusat Iklan Saya memberi anda lebih kawalan terhadap jenis iklan yang dipaparkan kepada anda pada perkhidmatan Google dengan membolehkan anda memilih topik yang mahu anda lihat lebih banyak atau kurang. Tindakan menyesuaikan iklan tidak bermaksud lebih banyak atau kurang iklan akan dipaparkan kepada anda secara keseluruhan. Namun, maklum balas anda tentang pilihan iklan membantu Google menentukan iklan untuk dipaparkan kepada anda berdasarkan minat anda.

Tindakan menyesuaikan iklan tidak menyekat topik atau jenama iklan. Apabila anda memberitahu Google bahawa anda mahu melihat kurang iklan tentang sesuatu topik atau jenama, anda akan melihat kurang iklan tentang topik atau jenama itu tidak lama lagi. Dalam sesetengah kes, data penyemakan imbas anda mungkin mempengaruhi pilihan yang anda tetapkan dalam Pusat Iklan Saya. Sebagai contoh, jika anda memilih bahawa anda mahu melihat kurang iklan tentang barang kemas dalam Pusat Iklan Saya tetapi anda mencari “subang” menggunakan Google Search, iklan yang berkaitan dengan subang berdasarkan carian ini mungkin dipaparkan kepada anda.

Sesuaikan topik dan jenama iklan dalam Pusat Iklan Saya

Anda boleh menggunakan halaman Sesuaikan Iklan dalam Pusat Iklan Saya untuk memilih supaya lebih banyak atau kurang iklan tentang sesuatu topik dan jenama dipaparkan kepada anda pada perkhidmatan Google. Anda juga boleh menetapkan pilihan anda untuk iklan tentang topik sensitif.

  • Pada tab Topik, anda boleh menapis dan mengisih topik popular dan memilih untuk melihat lebih banyak atau kurang iklan tentang topik tersebut.
  • Pada tab Jenama, anda boleh menapis dan mengisih jenama popular dan memilih untuk melihat lebih banyak atau kurang iklan tentang jenama tersebut.
  • Pada tab Sensitif, anda boleh mengehadkan iklan tentang topik sensitif seperti Arak, Perjudian, Penurunan Berat Badan dan pelbagai lagi.

Sesuaikan topik dan jenama iklan pada perkhidmatan Google

Untuk menyesuaikan pengalaman iklan anda terus daripada iklan pada perkhidmatan Google:

  1. Pada iklan tersebut, pilih Lagi atau Maklumat .
  2. Pilih Lebih banyak kandungan seperti ini  atau Kurang kandungan seperti ini  pada topik atau jenama yang mahu anda lihat lebih banyak atau kurang iklan.

Pergi ke Pusat Iklan Saya


Hadkan iklan tentang topik yang sensitif

Anda boleh menggunakan Pusat Iklan Saya untuk mengehadkan iklan yang anda terima bagi topik sensitif tertentu pada perkhidmatan Google semasa anda log masuk ke Google Account anda pada Google Search, YouTube dan Discover. Anda boleh mengehadkan iklan untuk topik yang berikut:

  • Arak
  • Dating
  • Perjudian
  • Kehamilan dan keibubapaan
  • Penurunan berat badan

Kami menawarkan pilihan untuk mengehadkan iklan yang berkaitan dengan topik tertentu berdasarkan penyelidikan pengguna yang meluas tentang topik yang dianggap paling sensitif. Penyelidikan ini sedang berjalan, maka kami akan terus menilai topik berdasarkan maklum balas anda.

Kami akan mencuba sedaya upaya untuk tidak menunjukkan iklan tentang topik yang telah anda pilih tetapi dalam sesetengah keadaan, iklan ini mungkin masih dipaparkan.

  • Anda mungkin melihat sesuatu iklan tentang perkara lain yang mungkin masih menampilkan topik yang telah anda hadkan. Sebagai contoh, anda mungkin melihat iklan syarikat penerbangan yang menampilkan seseorang minum segelas champagne.
  • Jika anda mencari sesuatu yang berkaitan dengan topik yang telah anda pilih untuk hadkan, iklan kontekstual tentang topik tersebut mungkin dipaparkan dalam hasil carian anda. Sebagai contoh: jika anda menggunakan Google Search untuk mencari apl janji temu yang terbaik, iklan untuk apl janji temu mungkin dipaparkan dalam hasil carian anda.

Apabila anda mengehadkan iklan tentang topik sensitif, hal ini mempengaruhi iklan yang dipaparkan kepada anda pada perkhidmatan Google semasa anda log masuk ke Google Account anda.

Cara mengehadkan iklan tentang topik yang sensitif

Untuk mengehadkan iklan tentang topik yang sensitif:

  1. Dalam Pusat Iklan Saya, pilih Sesuaikan Iklan .
  2. Pilih tab Sensitif.
  3. Pilih togol di sebelah setiap topik yang mahu anda hadkan.

Pilihan anda akan disimpan secara automatik. Ulang langkah di atas untuk membenarkan iklan tentang topik sensitif yang telah anda hadkan.

Pergi ke Pusat Iklan Saya

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
1244860168649026414
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false
false
false