Hadkan iklan tentang topik yang sensitif pada Google

Anda boleh menggunakan Pusat Iklan Saya untuk mengehadkan iklan yang anda terima bagi topik sensitif tertentu pada perkhidmatan Google semasa anda log masuk ke Google Account anda pada Google Search, YouTube dan Discover. Anda boleh mengehadkan iklan untuk topik yang berikut:

  • Arak
  • Dating
  • Perjudian
  • Kehamilan dan keibubapaan
  • Penurunan berat badan

Kami menawarkan pilihan untuk mengehadkan iklan yang berkaitan dengan topik tertentu berdasarkan penyelidikan pengguna yang meluas tentang topik yang dianggap paling sensitif. Penyelidikan ini sedang berjalan, maka kami akan terus menilai topik berdasarkan maklum balas anda.


Kemas kinikan tetapan anda untuk topik sensitif

Semua topik sensitif dibenarkan secara lalai. Anda boleh mengemaskinikan tetapan anda untuk topik berasingan dalam Pusat Iklan Saya.

  1. Dalam Pusat Iklan Saya, pilih Sesuaikan Iklan.
  2. Dalam bahagian “Sesuaikan iklan yang anda lihat”, klik tab Sensitif.
  3. Tetapkan pilihan anda untuk setiap topik dengan mematikan atau menghidupkan suis bagi topik tersebut. Apabila anda memilih untuk mengehadkan topik, topik tersebut akan dilabel sebagai “Anda telah hadkan”.
  4. Sahkan pilihan anda. Pilihan anda disimpan secara automatik.

Mengapakah saya masih melihat iklan tentang topik sensitif yang telah saya hadkan?

Kadangkala anda mungkin dipaparkan iklan yang menyebut topik sensitif yang telah anda pilih untuk dihadkan. Terdapat beberapa sebab biasa perkara ini boleh berlaku.

  • Tetapan anda untuk topik sensitif hanya mempengaruhi iklan yang anda lihat pada perkhidmatan Google semasa anda log masuk ke Google Account anda. Jika anda belum log masuk, anda mungkin masih melihat iklan berkaitan dengan topik yang telah anda hadkan.
  • Kadangkala iklan tentang topik yang tidak berkaitan mungkin termasuk rujukan kepada topik sensitif yang telah anda hadkan. Sebagai contoh, iklan untuk syarikat penerbangan mungkin memaparkan seseorang sedang minum segelas champagne. Iklan ini tidak dianggap sebagai iklan arak, oleh sebab yang demikian anda mungkin melihat iklan ini walaupun anda telah memilih untuk mengehadkan iklan tentang arak.
  • Iklan anda dipengaruhi oleh aktiviti carian anda, walaupun anda telah memilih untuk mengehadkan iklan tentang topik sensitif. Sebagai contoh, jika anda menggunakan Google Search untuk mencari apl janji temu, anda mungkin melihat iklan untuk apl janji temu dalam hasil carian anda walaupun anda telah memilih untuk mengehadkan iklan tentang janji temu.

Adakah perkara ini membantu?

Bagaimanakah dapat kami meningkatkannya?
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Menu utama
3577998520905085290
true
Cari di Pusat Bantuan
true
true
true
false
false
false
false